Kipas susah mati

Saturday, August 14, 2010

Pilihan

"Entah...masih kah ada cinta dihati ku untuk mu..
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini untuk mu"

nah!!..aku mula menjadikan perkara yang seringkas itu serumit2 masalah.susah untuk menjadi seorang seperti aku untuk membuat suatu keputusan .bukan kah menerima setiap keputusan itu lebih indah dari membuat keputusan dan pilihan.


aku bukan insan yang mudah untuk menyakitkan perasaan itu. aku juga bukan insan yang mudah menjadikan mereka pasrah dengan setiap langkah ku.itu bukan aku. bila kau berada pada saat aku berada kini..kau juga akan keliru..bukan aku bermain dengan perasaan tapi aku memerangkap kan diri aku dalam semua itu ...


bodohlah aku jika aku tidak mewarnai hidup aku sendiri..sepilah aku jika bukan itu pilhan ku. sakitnya perasaan aku tika ini bagaikan hati disiat seribu.maka aku tidak mahu siapa2 diantara kamu merasai apa yang aku rasa kerana aku sangat perihatin .perihatin dengan perasaan itu.aku tidak mahu kalian serik dengan perasaan itu dan juga serik dengan aku.


bila aku sedih ..aku tamakkkan perasaan itu.aku mahu semua menyayangi aku ,mengasihani aku,peduli tentang aku,dan aku mahu semua tahu kewujudan aku di bumi ini.namun kini aku senang bukan mudah untuk aku ketepikan semua itu.bukan memberi harapan tapi menuju kegelapan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana perasaan itu wujud untuk kalian.


aku mula merasakan berat untuk tanggung semua ini.bukan aku beritahu dunia ini bahawa akulah yang paling sengsara.bukan itu kehendak aku.aku menangis bukan kerana aku sedih tapi aku sangat tidak kuat.


membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan itu.kejamnya aku.tapi aku tiada pilihan.maafkan aku kalian .itu juga bukan kehendak aku.tapi cukup lah kalian tahu kehadiran kalian dalam hidup aku membuat aku sangat bahagia saat itu dan kini.siapa aku untuk membuat keputusan sesempurna itu..hanya Dia yang mengetahui lebih dari segala apa yang aku ketahui..lebih dari pengetahuan kalian semua.


aku mengundur diri dengan perasaan yang keliru.masih tidak membuat keputusan.

p/s: bantula aku terbang mencari kebebasan




thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers