Kipas susah mati

Friday, September 17, 2010

Sudah terang lagi bersuluh

*suluh dalam kegelapan tak per :)

Aku nak buktikan kat kalian apa yang aku katakan ini mungkin sia-sia macam kalian ambil lampu suluh and then suluh kat kawasan yang dah terang atau kat bawah cahaya lampu.kan sia-sia sahaja kerja kalian.itu pasal sudah terang lagi bersuluh.aku sudah bilang pada kalian dari zaman purba kala lagi.yang dipuji itu akan sia-sia.sudahla! hentikan gurauan dan pujian itu..faham tak??atau kalian nak aku menukar bahasa dari melayu ker tamil atau cantonis mungkin juga anda faham bahasa shakespears??urgh sudah la.jangan susahkan aku dengan ketidakfahaman kalian tentang bahasa aku.mudah-mudahkan sahaja.

sekarang...bila yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.apa lagi nak buat.duduk memangukan diri atas bangku sahajalah.cuba hargai apa yang ada.ini tidak.yang sana mahu situ pon mahu.tamaklah yang sesuai kan.bagai anjing dengan bayang-bayang.jangan salah mentafsir..aku tidak kata mana- mana sebagai anjing.itu cuma bidalan.

kenapa aku membebel.sebab impaknya kat aku.faham tak.susahkan hati aku.celarukan pemikiran aku.kalau aku tidak ambil kisah mula lah timbul ura-ura kata aku tidak ambil peduli.ini maknanya sekarang aku kisah dan aku caring ok. =_='

susah nak fahamkan kalian.jadi yang tak faham itu maka tolong lah faham dengan sebetul-betulnya.jangan kau ambil remeh hal ini.bila kalian buat-buat faham nanti ada yang salah faham.tak sampai apa yang dimaksudkan. ok

p/s: walau apa pun and siapa pun.aku tetap aku yang dulu.lebih egois mungkin.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Tuesday, September 7, 2010

Maaf

bismillah..
sudah lama aku tidak menulis.tidak mengarut dgn ayat-ayat yang pelik dan jelik.bukan dengan pen bermata biru tetapi hanya dengan menekan papan kekunci dan luahan mula mencorak skrin putih ni.alasan aku cuma satu.MALAS.malas untuk melayan segala perasaan yang membuak-buak atau mungkin juga dengan memberi alasan yang aku BUZY.buzy untuk aku memberi ruang kepada hati aku untuk berkata-kata.bila dah ada sang pujangga berkata emosi mula berkocak macam rollercoaster.mungkin ada betulnya.itu pasal aku buat muka tak tahu malu.melayan dan mengikut rentak putaran itu.muntah.

aku minta maaf kepada kalian yang aku sakiti pada bulan rahmat ini.aku jua manusia yang tak lari dari kesilapan.yang terluka hatinya jua jiwanya.yang mana jiwanya sensitif dengan kata-kata dan luahan.ku harapkan kalian tabah dalam dugaan itu.jangan kalian fikir bila aku menyentuh bab hati dan perasaan ini jua melukakan hati kalian.aku gembira melakukan itu..tidak!hati dan perasaan ini jua sama sakitnya.bagai dihentak2.

bilamana timbul perasaan itu..aku mula menjauhkan diri kerana takut untuk mengejar mimpi yang tak pasti.mimpi yang mungkin akan bertukar menjadi mimpi yang ngeri yang akan menghantui seluruh hidup aku.tak mahu!


ini baru permulaan.yang aku jua tidak tahu di mana hujungnya.maka tolonglah pekakkan telinga dan butakan mata jika itu pilihan kalian.aku tidak memaksa.apa yang aku cuba perkatakan ini tiada isinya.tiada maknanya.kosong semata-mata ibarat jika belajarnya matematik 2 apabila didarabkan dengan 0 maka 0 la jawabnya. macam kueh yang tanpa inti atau teh 'O' yang juga menggunakan O tanpa susu.=_='

oo sudah la aku mencarut2 dibulan ini..mengurangkan sahaja pahala yang memang sudah kurangnya dengan melukakan jiwa2 itu.maafkan aku.bukankah lebih baek mendiamkan diri dari berkata2 tanpa isi .ku undur diri.

p/s: maka di kesempatan pengakhiran bulan yg mulia in.ku susun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan.mungkin ini ramadhan terakhir aku.tiada siapa yang tahu. maaf zahir & batin.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers