Kipas susah mati

Saturday, December 31, 2011

wondermilk awesome!!

last week, b4 exam eh sempat lagi berjimba pergi makan n habiskan duwit.katenyer nak study kat sana tapi aku rasa banyak bergosip je.haha kitorang pergi sini naek baby oren ouh. ok branch WONDERMILK yang kitorang pergi ni shoping mall yang baru bukak iaitu PUBLIKA SHOPPING GALLERY, DUTAMAS. so sapa yang rasa tak pernah pergi silalah.kat situ kalau nak makan2 best sebab banyak kedai makan :) yang penting cupcake and drinks kat wondermilk memang awesome plus suasana kedai dia yang kau memang nak lepak sampai tak hengat dunia. #kbai mau cau balik rumah !






I hate people who are nice to my face, but horrible about me behind my back. I'd rather you actually say it to me than be fake towards me.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Thursday, December 22, 2011

Tahniah buat semua calon PMR

TAHNIAH BUAT CALON PMR YANG DAPAT STRAIGHT A's

especially to both of my nephew and niece! goodluck wokeh!apa2 result yg dapat.we must thanks to Allah.Semua rezki tu datang pada Dia. Try harder on SPM plak eh .


Along! wlupun dapat 6As that is a lot dah.semua tu atas usaha kan :) TAHNIAH !!
aku cuma dapat all triple! opss bocor rahsia :)


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, December 9, 2011

Opportunity Cost



"Opportunity cost is the cost of any activity measured in terms of the value of the best alternative that is not chosen (that is foregone). It is the sacrifice related to the second best choice available to someone, or group, who has picked among several mutually exclusive choices"

seminggu yang "terlalu" bizy dengan semua hal campus. u know what,this week memang disaster. baju pun tak sempat nak basuh, lipat and so on.entah ape yang sibuk sgt pun tak tahu.ni baru je lepas kemas bilik.baru nampak aman. last tuesday, kena hantar 2 asignment serentak. 1 project and another 1 is report. 22 tu rasa macam lebur je..buat for sure memang dah last minute. tak tidur sampai pagi so, terpaksa skip satu kelas sebab ngantuk giler.

TIPS : plz la siapkan asemen sehari selepas dapat task oke! jgn tangguh2 :)

within this week jugak, kat KENMS buat selection untuk pemilihan president of council for every department on this kuliyyah . so u rasa ai layak masuk tak?? hahah and for unfortunately ai tak pergi interview. so sad. peluang tu terlepas macam tu je kan but its oke walaupun tercalon untuk bertanding and tak pergi interview myB lah ada peluang yg lebih baek akan datang kan :) so im really sorry for those who nominate me especially to my President of BBA council.. memang rasa tak layak untuk bertanding but ai make a wrong decision because tarik diri sebelum bertanding kan . #sgt kecewa. so, Goodluck for all my friends who join this selection !

TIPS: bila dah terpilih sila tunaikan tanggungjawab anda sebaik mungkin :)

so terpaksa melepaskan sesuatu untuk sesuatu that is opportunity cost!
but bila melepas kan sesuatu peluang, itu suatu kerugian yang amat besar!

Overthinking leads to negative thoughts.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Tuesday, December 6, 2011

#2 review pujaan hati by kangen band


Founded : Tahun 2005

Genre : Aliran Listrik

Hometown : Lampung, Indonesia

About: Anggotanya berjumlah 7 orang yaitu Dodhy, Andika, Tama, Iim, Bebe dan Izzy

Description :
Album perdana mereka adalah Tentang Aku, Kau, Dan Dia (2007). Salah satu lagu dalam album ini, Tentang Bintang dan Selingkuh menjadi hit yang populer di masyarakat. Selain itu, Kangen Band juga berhasil masuk sebagai Grup Band Tervaforit pada SCTV Award 2007. Pada tahun yang sama, mereka membintangi sebuah sinetron berjudul Aku Memang Kampungan, yang bercerita tentang perjalanan karier mereka.

Pada tahun 2008, Kangen Band meluncurkan dua album sekaligus: Yang Sempurna—yang merupakan repackage dari album perdana—dan Bintang 14 Hari. Bintang 14 Hari menyajikan warna musik yang berbeza dengan menampilkan unsur Melayu dan mengeksplorasi unsur Jawa. Di album ini, Kangen menggait arranger Andi Bayau dengan backing vocal Eren.

Pada 6 Mei 2009, Kangen Band merilis album ketiga mereka yang diberi judul Pujaan Hati, dengan hit single Terbang Bersamaku dan Pujaan Hati.


LIRIK LAGU : PUJAAN HATI

hei pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

* hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati

reff:
mengapa kau tak membalas cintaku
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku

hei pujaan hati, pujaan hati

hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

repeat *, reff

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, December 2, 2011

#2 Tazkirah Jumaat - Kenapa masih solo??


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


artikle ini sepenuhnya dari MENANTI DI BARZAKH

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers