bismillah..
sudah lama aku tidak menulis.tidak mengarut dgn ayat-ayat yang pelik dan jelik.bukan dengan pen bermata biru tetapi hanya dengan menekan papan kekunci dan luahan mula mencorak skrin putih ni.alasan aku cuma satu.MALAS.malas untuk melayan segala perasaan yang membuak-buak atau mungkin juga dengan memberi alasan yang aku BUZY.buzy untuk aku memberi ruang kepada hati aku untuk berkata-kata.bila dah ada sang pujangga berkata emosi mula berkocak macam rollercoaster.mungkin ada betulnya.itu pasal aku buat muka tak tahu malu.melayan dan mengikut rentak putaran itu.muntah.
aku minta maaf kepada kalian yang aku sakiti pada bulan rahmat ini.aku jua manusia yang tak lari dari kesilapan.yang terluka hatinya jua jiwanya.yang mana jiwanya sensitif dengan kata-kata dan luahan.ku harapkan kalian tabah dalam dugaan itu.jangan kalian fikir bila aku menyentuh bab hati dan perasaan ini jua melukakan hati kalian.aku gembira melakukan itu..tidak!hati dan perasaan ini jua sama sakitnya.bagai dihentak2.
bilamana timbul perasaan itu..aku mula menjauhkan diri kerana takut untuk mengejar mimpi yang tak pasti.mimpi yang mungkin akan bertukar menjadi mimpi yang ngeri yang akan menghantui seluruh hidup aku.tak mahu!
ini baru permulaan.yang aku jua tidak tahu di mana hujungnya.maka tolonglah pekakkan telinga dan butakan mata jika itu pilihan kalian.aku tidak memaksa.apa yang aku cuba perkatakan ini tiada isinya.tiada maknanya.kosong semata-mata ibarat jika belajarnya matematik 2 apabila didarabkan dengan 0 maka 0 la jawabnya. macam kueh yang tanpa inti atau teh 'O' yang juga menggunakan O tanpa susu.=_='
oo sudah la aku mencarut2 dibulan ini..mengurangkan sahaja pahala yang memang sudah kurangnya dengan melukakan jiwa2 itu.maafkan aku.bukankah lebih baek mendiamkan diri dari berkata2 tanpa isi .ku undur diri.
p/s: maka di kesempatan pengakhiran bulan yg mulia in.ku susun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan.mungkin ini ramadhan terakhir aku.tiada siapa yang tahu. maaf zahir & batin.
selamat hari raya dan maaf juga dipinta,
ReplyDeleterakan blogger :-)
selamat2 :)
ReplyDelete