aku menangis dan kerana tidak tahan dengan sikap itu.cecair panas itu jua tetap mengalir walau dengan tahanan.siapa sangka sekeras hati aku ini jua bisa patah dek kata2 dan perbuatan itu.mana ada manusia yang berhati batu walaupun dalam pepatah ada situasi itu.tidak pernah ku dengar lagi kisah apabila dimaenkan hatinya,disakiti hatinya dia gelak ketawa atau mati jiwanya tanpa perasaan.terlupa aku pada peristiwa jutawan kosmetik dan 3 sahabatnya yang laen dibunuh dan dibakar.itu perbuatan jiwa yang mati.tidak ada perasaan mungkin.mungkin luar biasa orangnya kerana setahu aku bangkai bernyawa sejantina dengan aku punyai hati yang halus lembut walau beribu kali kata dirinya itu berhati batu.sekarang jiwa aku kosong~
perlahan air mata itu turun.bukan kisah aku menangis di sini tapi kisah kesedihan aku.aku SEDIH..aku harap kalian faham apa makna kesedihan itu.ku dihasut dan dirasuk.perbuatan aku tidak seperti manusia normal lagi.mungkin aku sudah kalah dengan hasutan itu.aku marah.aku sakit lalu aku menangis.menangis tatakala tiada siapa berada di sisi aku .memahami keadaan aku sehingga aku bertemu dengan dia.nota cinta.
terima kasih cinta kerana kau menyedarkan aku bahawa aku tidak perlu lagi bersedih kerana aku punya segalanya dan aku punya Dia, tuhan aku yang Esa.Allah benar dalam janjiNya.dalam setiap apa yang diperkatakanNya dan kerana kau jua cinta aku percaya aku seorang manusia yang perlu berusaha perbaiki diri aku dan teruskan perjuangan aku dan aku perlu hidup untuk mereka yang masih memerlukan aku.terima kasih yang Maha Esa,kerana Kau telah pertemukan aku dengan cinta itu dan perasaan itu .
terima kasih jua kerana Kau pertemukan aku dengan seorang sahabat yang kasih ttg diri aku.dan membuatkan aku masih percaya bahawa aku masih punya sahabat seperti dia.
p/s: kredit to SMSH .aku tidak tahu nota itu ditujukan untuk aku atau pun tidak tetapi aku tetap ambil kisah. Tqs
too much love for human make us fra from HIM.but if we are far from loving human( couple) we are near to him :)
ReplyDeletesugar2 kapas: absolutely yes! :) tQs
ReplyDelete