Kipas susah mati

Saturday, October 15, 2011

bila saya bersedia saya sanggup tanggung risiko



saya sudah bersedia untuk menanggung semua risiko yang pernah saya lakukan termasuk akan kehilangan awak buat selama-lamanya. dalam keadaan pahit untuk membuat keputusan tetapi itulah realiti yang mesti saya hadapi. saya terpaksa menamatkan segala hubungan kita agar ada suatu masa kita percaya bahawa kehilangan adalah suatu saat yang sangat penting dan bahagia. percayalah..dalam perpisahan akan terbit rasa rindu, akan terbit perasaan sayang, akan terbit perasaan menghargai.itulah hakikat hidup manusia. saya yakin dan percaya takdir ILLAHI telah menentukan yang terbaik buat kita. pertemuan yang singkat itu bukan tiada erti tetapi lebih bererti dengan adanya perpisahan ini. sedarlah bahawa selama hidup ini saya bersyukur mengenali insan seperti anda. kerana andalah yang terbaik untuk saya. takdir itu adalah qadaq dan qadar yang perlu kita terima dalam hidup.kehadiran awak adalah sebahagian warna dalam hidup saya.pahit atau manis itulah rencah kehidupan.semoga awak akan bahagia dan sentiasa mendapat RedhaNya.

Ya Allah andai dialah yang terbaik untuk aku, Kau peliharalah dia untuk ku dan andai aku bukan sebahagian rusuknya, aku mohon agar kau peliharalah dia untuk mereka yang layak memilikinya.Amin

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

1 comment:

Thanks | Love You !

Followers