Kipas susah mati

Friday, March 16, 2012

#6 Tazkirah Jumaat - Adam, Kenalilah Hawa. Tolong!



Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"

Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.



Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.

-Article from iluvislam.com- pic from encik google-

It's better to fail trying than wondering what could have happened if you tried. #ihatequotes

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, March 7, 2012

wordless wednesday #9



Happiness is not out there, it is in you. Sometimes you just forget to use it

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, March 4, 2012

Selamat Hari Lahir



Alhamdulillah.hari ini genap umur saya 23 tahun. Mak saya dah boleh kawin ! HEHE Semoga hari ini dan seterusnya mendapat keredhaan Allah s.w.t dan keberkatan dariNya.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu tersayang Siti Ropeah Bt Ahmad yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan saya. terima kasih juga buat abah tersayang Mohamad Taha bin Siwok Ahmad yang menjadikan saya seorang juara , menjaga, serta melindungi saya sehingga saya mencapai umur ini. Saya sayang mak and abah ketat3. tidak lupa juga kepada abang3 dan kakak3 saya yg sentiasa melayan karenah saya. :) i love u oll so much ever and ever.

saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan3 susah senang saya bersama, teman3 seperjuangan dan sahabat handai yang tak lupa dan sentiasa ingat untuk mengucapkan selamat untuk hari lahir saya .

tadah tangan cepat berdoa:

Semoga Norfarhal Ain Mohd Taha panjang umur, murah rezki, menjadi anak yg solehah, dapat suami soleh, anak2 soleh dan solehah, menjadi isteri yang solehah, ibu yang mithali serta mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat bertambah cantik dan comel . Amin :)

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers