Kipas susah mati

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Bukan untuk di canang merata

Assalamualaikum

Como estas? Comment ĂȘtes-vous ?

Giteew. Mohon gugle translate sendiri. Bhahah

Bukan aku nak canang satu dunia, bukan. Yang follow belog aku ni pun entah hilang kemana. Entah2 yg follow belog ni pun dah deactivate. Kakaka

Biar. Biar aku rasa syok sendiri . Menaip dan menulis di bentangan putih ni. Biarpun papan kekunci hampir roboh. Namun aku masih rasa mahu berkongsi cerita. Jangan menceroboh dan mengheboh #eh

Now, Im very very very  HAPPY not so happy actually, kakakaa Walau cerita cinta aku jauh beza dengan kalian semua namun aku sudah melangkah satu tangga. Alhamdulillah. Kisah cinta? biar aku dan dia saje simpan sama. Doakan saja agar Allah permudahkan urusan kami untuk Walimah. Amin.




Ya Allah, Seandainya telah kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku.Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan.


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, March 16, 2014

Teaser

Nak Cipta kotroversi boleh?

Nah




thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, February 16, 2014

#Throwback Pre Convocation

Assalamualaikum

Bukak belog. tutup. bukak belog tutup. Apa entah yang di cari tak tahu. Nak baca entry baru memang tak dak post pun rasanya

Kejap. nak check last entry bila. Hahah

14 July 2013? Makaih . Ni kalau boyfriend ni dah lama dah kena sailang. Kahkah.Nampak tak betapa lama aku tak fedulik dengan belog ni.

Tapi hari ni aku memang terpanggil nak conteng sikit dekat sini bagi tambah warna perisa dan perasa. Sebabnya, wifi roomate aku yang dapat free-sebab-beli-kereta-proton dah boleh pakai. Sebelum ni dah kena limit. Gila apa pakai seminggu dah limit. Berapa je data dia bagi aku tak tau. Malas nak ambil tahu sbb barang free. Ni pulak roomate dah tinggal dalam bilik. Aku acah2 nak tengok boleh pakai ke tak. Sekali. Wi-fi connected.

Tanpa membuang masa lagi aku cepat2 bukak belog nak post entry. Risau juga tengah2 type entry ni dan bila nak post dah limit. kakaka





Aku bukan nak post apa pun. Aku nak tempek gambar konvo aku yang lepas. Ahh dah lama. Hikhik

p/s: nanti aku post lagi gambar lain sekali dengan wish sampai leleh air mata eh. Kahkah

Thanks for being a part of my joy and success. It means a lot to me


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Saturday, November 10, 2012

Memilih dan membuat pilihan

Bismillah.

When i feel stuck like now, tak tahu nak buat apa. nak tidur tak boleh, makan tak nak, berfikir apa tah lagi then rasa came out dengan menulis belog mungkin boleh menurunkan hormon yang menggedik mengada bagai ni. Seriyes rasa nak di belai takat ni. 

What im thinking about sampai nak buat sesuatu tu semua tak selera. Ouh yes. its about in relationship. YES! RELATIONSHIP. what happen actually?? 

Okay jap nak tanya. Kalaulah , i said KALAU. okay please faham apa maksud KALAU sebelum buat judgement. Awak tu diberi pilihan untuk memilih dua lelaki yang berbeza dari luar dan dalam (hati). Berbeza dan tidak ada sedikit pun persamaan. So dari mana yang korang nak tengok sebelum buat pilihan?? Rupa either dia kacak ke? sedap mata memandang or just 30% yang kau tengok muka dia dan hati kau boleh sejuk. atau hati?? then macamne nak tau hati dia tu baik ke tak? tak takut ke kalau dia tu pretend baik? So aku rasa hati aku ni kotor sgt sbb buat negative assumption terhadap seseorang tu. Em Em *speechless* 

Aku rasa susah sangat nak ulas hal2 pilih memilih ni sebab aku rasa semua perempuan atau lelaki berhak memilih pasangan yang terbaik dalam hidupkan? Sebab bila kau rasa dia kurang dalam sesuatu perkara rasa macam nak terus rejek dia mentah2 kan. tak pernah ke terfikir untuk menerima setiap kekurangan sbb aku rasa manusia ni memang tak pernah sempurna di mata manusia. pasti ada cacat cela. Contohnya kalau kau suka dia romantik. yes dia romantik tapi dalam pada masa yang sama dia panas baran? So should we accept him? ouh pasti kau dah rejek dia. sama jugak macam kau rasa ouh muka dia hensem macam Edward then kau jatuh cinta tapi dia kedekut bakhil nak mampus. Kau nak??Mesti kau dah cuba elak dan lari seratus kilometer per jam kan? 



Jadi bagaimana nak buat pilihan sebenarnya. semua kau nak rejek? Sebab kau rasa semua tak sempurna . Yang kau nak hensem macam edward, romantik, pemurah , kaya raya pandai tapi gila kan? Yerlah sebab kau berangan dia nak kat kau? kau sempurna untuk dia ke? kau cantik sgt ke??KAHKAH Aku rasa nak tampar kau kejak.Berangan macam kau tu pun sempurna bagai. Accept jelah kekurangan pasangan tu . Sebab kau yang hadir untuk melengkapkan semua kekurangan dia, dan begitu jugak dia kan. Manusia dicipta berpasang pasangan dan saling lengkap melengkapkan. Cewahhhh.

Sekarang aku cerita ni dari sudut perempuan sebab aku ni perempuan.Memang jelas aku ni perempuan kan.Aku pernah terbaca satu artikel ni dia cakap perempuan nak cari lelaki tidak perlu memilih terlalu hensem. cukup sekadar sedap mata memandang.Tapi taklah buruk sgt sampai setiap kali kau bangun pagi, kau pengsan tengok dia tidur sebelah kau. Tak jadi jugak macam tu kan. 

Lelaki yang kemas, bersih tetapi tak lah terlalu cerewet tentang kekemasan sampai nampak baju renyuk sikit maki bagai nak rak. Haa tu salah satu jugak lelaki yang patut di hindari. Kuat memaki . Kalau melatah bagai tu pun nak mencarut .Tak baik sebab yang keluar dari mulut tu sebenarnya adalah dari hati eh? Aku rasa je. lalala  At least bila kita nampak dia boleh uruskan hal diri dia sendiri, maka insyaAllah dia boleh uruskan hal kita, keluarga kita. kan?

Tidak terlalu egoistic dan independent.Bila kau nak buat sesuatu tu , dia kontrol sangat macam dia je yang betul dan apa yg engkorang buat tu semua salah dan bila buat keputusan tu memang atas keputusan dia. So , segala cadangan apatah lagi kritikan engkorang tu dia tolak mentah2. Terus dia buang dalam tong sampah. Ha jaga2 jugak lelaki seperti ini. 

Dan nak cari lelaki perlu mencari di tempat yang baik, macam di masjid, majlis2 ilmu, tempat2 kempen kebersihan or derma darah ke kan. Tapi yang ni tak boleh pakai sangat kot zaman2 macam ni. Memang tak di nafikan tempat2 yang baik melahirkan insan2 yang cemerlang gemilang dan terbilang. #eh Okay . sekarang ni aku tengok ramai je kot yang berkenalan di internet dan mendirikan rumah tangga. Bahagia atau tak tu aku tak pernah pulak buat servey. Tapi kita berdoalah dan mengharapkan yang terbaik buat mereka. Yang penting Be a good girl, you will know who's the best for you. 

Kenali teman, rakan seperjuangan dia.  kita  tahu dengan siapa dia berkawan, berkenalan dengan family dan tahu asal usul dia. Bila dah kenal tu mesti kita akan rasa lebih selesa dan faham dengan semua situasi dia.

Dah kenal and tahu semua hati dan watak dia, maka berdoalah, Memohon hajat agar dia lah lelaki yang terbaik dalam hidup kita. Yang akan memimpin kita ke suatu jalan yang lebih baik, lebih dekat dengan Pencipta. Moga2 Allah hadirkan suatu perasaan Cinta dan Kemestri dalam hati kita berdua. Okay !

P/s: Lelaki jangan dok pilih perempuan tu atas dasar cantik je. Kalau cantik macam Neelofa tapi tak pandai masak, uruskan hal2 rumah. Tak payah lah. Kesian kat korang nanti. 

Jap2.Aku nak pergi ke kelas memasak ni. HAHA kesian kat bakal suami aku nanti. KAHKAH bye!


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, June 29, 2012

#7 Tazkirah Jumaat - Cinta High Class

Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.


"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.


Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?

Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)
Article sepnuhnya dari ILUVISLAM Gambar ehsan google dan The Kliker

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, March 18, 2012

A thousand years



Salam, Hye !

***lagu christina perri***

aku duduk termenung. menuggu jodoh jatuh ke riba.kau orang pernah tak terfikir bila agaknya jodoh korang nak sampai . rasa macam kecik3 dulu dok main kawen3 sanding, sedar3 dah ada 3 orang anak yang dah besar panggil kau mak and cruch korang bapak. WAKAKA memang pengalaman tak leyh lupa.dah panggil kau plak senyum malu3 kambing. sedar tak korang yang masa tu dah lama berlalu. dan sekarang waktu untuk kau orang cari jodoh. masa untuk kau bermain kawin3,masa kau nanges rebut kat budak laki yg tak reti lap hingus, rebut3 jejaka kacak yang kau rasa sikat rambut tegak muka jambu, cinta geli3, semua tu dah berlalu. sekarang waktunya kau nak cari seorang lelaki yang boleh membimbing, menjadi ayah kepada anak3 korang, aku mesti pastikan yang korang tak rebut dah jejaka HERO satu kolej kau tu. waktu tu rasa rupa dah tak penting yang paling penting hati dan perasaan dia terhadap kau .kan? *mengelamun*

***cinta pandang 1***


ni seriyes cinta monyet cakak kau.zaman budak tadika, darjah satu sampai darjah enam,aku memang tak pernah bercinta.sebab cinta tu pun aku tak tahu apa. buah ke, binatang ke, bunga ke,sikit pun aku tak pernah tahu. tapi sejak aku umur 13 dah start baligh aku ada jatuh cinta kat sorang budak laki ni. muka dia hensem cakak kau, pandai bahasa arab plak uh. tu memang satu sebab utama kenapa aku suka dia. tapi aku cakak sama kau. aku kena reject mentah3 sebab dia suka kat perempuan lain.*gelap dunia aku kejak * tapi sekarang dia dah jadi bakal ustat cakak kau. yang jadi isteri dia memang cerah masa depan dunia akhirat.

***cinta monyet 2***



yang sorang ni dulu pun aku cakak boleh jadi ustat jugak. kalau ngaji mak aih cakak kau, memang kalau mana3 mak3 or ayah3 dengar terus nak ambik jadi menantu.seriyes tak tipu. tapi yang ni pun tak lama ar, halangan berpagar. wakaka sampai tingkatan 5 .mission failed. hilang entah ke mana. but still lost and faun.sekarang dia kejak ada kejak tak dak kat meleysia ni.aku pun tak pasti dia warganegara mana.

***cinta monyet 3***



ha yang ni aku cakak kau asik on off je. tapi tup3 5 tahun jugak.yang ni aku tak pasti cinta apa. nak kata monyet tak lah monyet sangat. cam siamang sikit kot. wakaka bertahan atas dasar trust and believe sampai aku je yang tak leh bagi komitmen sebab aku jumpa jantan lain . tapi senanyer memang kita tak ada jodoh cakak kau.sebab kau pun dah selamat bertunang dengan orang lain kan. semoga cepat3 kawin. kekal dunia akhirat.

***cinta sayang 4***



yang ni aku tak leh panggil cinta monyet sebab aku rasa ni betul3 cinta sejati aku. taik kucing kau. setahun lepas tu naye jugak.jodoh tak panjang. kau pun kembali kat ex kau an. wakaka sekarang semoga kau bahagia bersama yang tersayang.

***cinta bagaikan kekal 5***

aku bukan insan yang sempurna untuk kau kan ?

***cinta crush 6***



kau orang pernah rasa tak bila dah sekali putus cinta tu susah gila kau nak cari pengganti. susah gila nak bukak hati kat orang lain. haha cakak kau. sepanjang aku putus cinta , angin cinta lalu depan mata aku, aku buat tak tau je. joget3 depan aku pun aku buat3 tak nampak. tapi kali ni *petir* lekat terus kat hati aku cakak kau. muka kau tak hensem mana, nak bandingkan dengan retis jauh sama sekali tapi cakak kau ada lesung pipit manis,pekat dan berkrim. yang penting hati kau , memang tulus ikhlas dan murni. *blink*aku dah jatuh cinta cakak kau. boleh tak kau terima cinta aku ni *whooaa*

***cinta sejati 7***



ha yang ni aku sanggup tunggu for a thousand years. even banyak sangat halangan dan rintangan untuk kita berjumpa sampai hari ini. kau mudah menerima kekurangan dan kelemahan aku. kau mudah katakan semua orang pernah melakukan kesilapan. kau buat aku lupa pada mereka semua.kau buat aku betul3 jumpa cinta sejati aku. kau jadikan setiap genap cinta3 aku sebelum ni adalah persinggahan untuk aku berjumpa dengan kau.wahai bakal suami yang aku kasih dan cintai selalu, sudikah kau menjadi pembimbing aku, peneman tidurku, ayah kepada anak3 aku dan bidadara aku di syurga kelak. semoga jodoh kita berpanjangan. *mimpi* #eh




***cinta pada yang 1***



cinta hakiki yang tiada pengganti

-gambar ehsan google-

no matter how slow you walkaway, if he has no plans of running after you, he'll never catch up, no matter how many pitstops you stop.


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, March 16, 2012

#6 Tazkirah Jumaat - Adam, Kenalilah Hawa. Tolong!



Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"

Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.



Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.

-Article from iluvislam.com- pic from encik google-

It's better to fail trying than wondering what could have happened if you tried. #ihatequotes

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, February 15, 2012

Novel yang ku terima

"oh ada nama"

pintu mahallah office di buka.

"akak, nak amik parcel ngan tag toilet" senyuman yang paling mahal ku ukir untuk akak yang bertugas dalam mahallah office.

"matric card, block berapa?no bilik?"bertubi3 soalan yang keluar.macam machinegun dah.

aku hulurkan matric card dgn penuh sopan. "block i, bilik ##."jawabku ringkas

"tag tak ada.dah ada yang datang amik tadi kot?"

ok .niat baik aku tu terlupus. "saya amik parcel lah kak"

beberapa minit.aku dihulurkan sebungkus parcel yg agak berat dan tebal jugaklah.lalu barang tersebut terus di masukkan dalam beg.dan menuju pulang ke bilik sambil menikmati milo ais di dalam tin dan meredah hujan.entah kenapa aku sekarang edicted gila dgn milo.tapi klu milo yg buat sendiri tu tak plak.sebab tak best.aku tak pandai buat air milo sebenarnya #sekian

parcel di ambil dari beg.melihat sampul yang tertulis.aku tersenyum.dah agak siapa yang memberi.srap,srap, sraaappp.kertas minyak yang membalut parcel tu aku koyak.punya tak sabar.masih berbalut.kali ni di balut dgn kertas pembalut hadiah.aku bukak cara sopan gila.tak bagi koyak sikit pun.sayang HEHE



tadaaa.2 buah novel hasil karya anis ayuni dengan nazurah aisyah. CINTA YANG KU RASA dan MELUR BUNGA IVY.i like it so much! heyh thanks eh :) awak tahu saya suka baca novel .sekarang saya dah ada 3 koleksi novel yang awak bagi.menambahkan lagi koleksi novel saya. YEAH3!

Remember that life's best lessons are usually learned at the worst times and from the worst mistakes.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, February 10, 2012

#4 Tazkirah Jumaat - Malu aku dengan cinta



Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.

Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-NYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-NYA jua.

Tidak jarang orang mengaku mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, tetapi bagaimana mungkin semua itu diterima ALLAH tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta ALLAH, tetapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita atau lelaki yang dicintai. Tidak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-NYA.



Di saat ALLAH menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat ALLAH, sering orang tidak bisa menerimanya. Di saat ALLAH memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tidak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari ALLAH, kerana ALLAH ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-hamba-NYA kepada sang penakluk jiwa, ALLAHU RABBI. ALLAH menginginkan bukti, namun sering orang pun tidak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya kepada ALLAH, disaat ALLAH menarik secuil nikmat yang dicurahkan-NYA.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semua dari seorang makhluk terhadap KHALIQnya. Padahal semuanya sudah diatur oleh ALLAH, rezeki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari ALLAH, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhyrat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup di dunya. Bersungguh-sungguh mencintai ALLAH, ataukah terlena oleh dunya yang fana ini? Jika cinta kepada selain ALLAH, melebihi cinta pada ALLAH, merupakan salah satu penyebab du’aa tidak terijabah.

Bagaimana mungkin ALLAH mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih mengadah tangan kepada ALLAH di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin du’aa seorang gadis ingin mendapatkan seorang lelaki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin du’aa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakeenah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga.

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tidak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan keperibadian diri belum bisa menjadi contoh teladan.

Banyak orang mengaku cinta kepada ALLAH dan ALLAH hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang KHALIQ, kerana disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

Dengan kesusahan, ALLAH hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-NYA. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita kepada ALLAH, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan ALLAH tidak akan menyia-nyiakan hamba-hamba-NYA yang betul-betul berkorban demi ALLAH semata. Untuk membuktikan cinta kita kepada-NYA, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat.

2) Ikhlas dalam beramal.

3) Mempersiapkan kebaikan internal dan eksternal. Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada ALLAH, dengan keistiqhomahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian Insya-ALLAH kita akan menggapai cinta dan keredhaan-NYA.

artikle ini sepenuhnya dari MENANTI DI BARZAKH

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, February 8, 2012

kenapa hati itu bikin di sakiti




berkali aku memohon agar biarkan ia berlalu.namun makin kerap aku menyuruhnya pergi makin ia kembali menyakiti. itu bukan hak kamu.itu hak manusia lain.mungkin sebab dia public figure.aku ni manusia biasa.tak setanding itu bukan.jaraknya bagai bumi dengan pluto.mana bisa disamakan. namun ia tetap atas dasar planet yang sama.

acapkali aku buka page itu , acapkali itu hati ini bagai di robek! ouh hati. aku perlu kuat bukan. untuk terus hidup. bukan atas alasan hati itu sudah di sakiti. KUAT!

sememangnya bila aku sudah tidak kuat lagi, aku perlu undur diri.menyepi lagi.mencari dia yang setaraf diri ini. aku bukan public figure macam kau. !BUKAN! dan aku tetap tidak kuat untuk melawan nafsu cemburu itu. aku masih cemburu.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday #4



thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Saturday, October 22, 2011

abam, i love u

(ringtune NOKIA 1202)

...manja...

hallo, ha awat??

ko tak balik ke??

biler?? minggu ni ker?? koi ade kelas ar besok.

bukan.kan sultan pahang cuti ngan deepavali

alaa deepavali cuti sehari jerk la.sultan pahang aku tak cuti.kenapa??


tak ada pape


rindu koi le teww


bale aok.tak rindu langsung.


hahahah


bla..bla..bla

okieh! abam aku, rindu aku.sebab tu tanya aku balik ke tak. pehlis lah tolong mengaku jerk eh. heheh i love and miss u more la abam! heheh


cube bayangkan kalau memang betul abam aku tak rindu aku.! cait abam aku memang rindu aku lah.tak payah tipu. #kbai

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, October 21, 2011

i wanna boy that i cannot have



Hi, this is a bad week...
Hurricane right now. Earthquake earlier this week.
Class on Tomorrow and Midterm on Sunday,Project on next week.

ini betul- betul tornando yang datang.agak2 aku selamat tak nak harungi segala badai ni.silap haribulan aku sendiri yang lemas.biasa lah kalau amik risiko tak pandai berenang and tak pakai lifejacket..urgh! mengharap keajaiban! MUNGKIN lah kan. hakikatnya satu habuk aku tak study untuk midterm yang akan datang ni.


i want a boy who would hold my hand in line at this time...
ada tak ada tak??

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday #3



siapa yang dapat menterjemah kan cinta??

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday #2



thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, September 16, 2011

bila kawan jadi musuh



"thats" the thing..kalau b4 ni ramai yang cakap kalau ader masalah dengan gf/bf mesti kita akan cari family.bergaduh dengan kawan baik pun kita akan cari family.semua benda family mesti yg pertama akan di beritahu.the magic thing is bila kita luangkan masa dengan family or just go back home memang akan releasekan tension dan buang segala masalah. just do it! xkisah lah macam mana porak poranda pun rumah family korang.kalau rasa malas nak bagi family masuk campur, for sure korang akan cari kawan baik kan.itu bila masalah ANDA dengan "cinta" yang memang sudah diketahui UMUM. selepas kejadian di"tinggal"kan, kebanyakan mereka pasti berkata kawan and gf/bf..kawan mesti di utamakan sebab kawan2 are everything.

bila kau nanges sedu sedan, kawan mesti tenangkan
bila kau rasa macam nak bunuh diri, kawan kau tetap disisi
bila kau rasa semua tak kena, there still there..beside u!
BUT!
how about bila kawan kau yang buat kau rasa semua ni??? kau nak cari siapa??
boleh tak aku nak kata bahawa words yang aku dah highlights tu Xbetul??
sebab bila kau rasa kau dah hilang kawan or kawan kau tiba2 berubah cam seth an korang mesti cari bf/gf korang kan?? thats mean semua orang penting dalam hidup dan tak perlu nak choose yang mana utama dan yang mana tak.as long as diorang baik or tolong korang, layan mereka sama rata tapi janganlah bila kau senang kau dengan cintancintun ko, bila break pastu terhegeh2 nak cari kawan kau or vice versa. utamakan mereka semua.

and today, aku seriyes sit dah banyak belajar tentang hakikat kehidupan.who are still beside me when ai have a BIG problems and who are NOT! i will never and ever forget u.and always pray that "May Allah bless u always and always!"

kadang-kadang kita memang tak perasan, mereka yang memberi pinjam bahu 5 minit itu lebih penting dari segalanya.

to my friend NURUL HAMIZA, aku memang tak ada niat nak buat hati kau tiba2 sakit dengan perangai aku.ur the best friend that ai was, sebab consider dengan alasan yang kau kata mengada-ngada tu.walaupun tak pernah rapat tapi aku tau hati budi kau memang baik gila bhai!

Dia yang atas sana MAHA MENGETAHUI!

A true friend is someone who can see the good in me easily when I'm desperately trying to find them.
thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Tuesday, July 19, 2011

gua ade awek lu ader??



gua ader awek ! lu ader?

haha sabar der..jgn kecoh! lu tak derk awek takpayah nak nges ar der.tak macho lu taw tak?? haha tapi gua rasa lu mmg tak macho lah sbb tu lu mmg tak derk awek...adoyaiii!.der sabar eh! gua bg lu pinjam bahu gua 5 minit k .nanges kuat2.

teringat lah kat satu kisah ni..gua nak panggil lu gua boleyh tak?? untuk kali ini..bg entry mood lebih sikit :D

gua ader kenal satu mamat ni.tengok muka..perghh memang hensem bro!nak dibandingkan dengan fahrin si bf minah ni (lolly) memang kalah lah der.maksud gua mamat yg gua ckap ni memang kalah ar kan uhuhu. ada ker dia perahsantan kata muka dia lagi hensem dari fahrin! gua layan kan jer memandang kan dia tengah nanges teresak kat bahu gua.

"ni aper kes??sedih doe gua tengok muka lu ni.dah macam tempeyek dah gua tengok??" tnya gua slambe

"gua sedih la ni.awek gua tinggal kan gua macam tu jerk..aper ke tak hensem gua ni.tak baek ker gua ni?? ape ker kaya sgt jantan uh sampai dia blah macam tu jer??" sambil ngesat hingus kat baju gua.

"eh eh der..rilex ar" gua tarik baju gua.cis dah penuh hingus dia..sialan luu..gua bermonolog sendirian. baju mahal ni doe. tapi tak per lah kan demi kawan paling kamcing ngan gua kan .janji nnti dia belanja gua makan ..hahah

mamat ni memang peel dia cam pompuan sikit la kan.sejak gua kenal dia sampai sekrang memang mamat ni tangkap leleh sikit.dalam hati ada taman der.masalah sikit .nanges kat gua. masalah ngan adeq pun nanges ngan gua.apatah lagi masalah ngan awek dia ker, kawan2 dia ker,mesti cari gua.tapi tak derk hal lah.demi lu gua sanggup bernanah telinga nak dengar kan .boleh kata gua sanggup doe buat aper sahaja untuk lu.sbnya gua...aishh tak leyh citer kat sini.

gua pun biarkan dia tenang seketika.bila dia dah berhenti nanges gua sambung tazkirah gua.

"lek la doe..bunga bukan sekuntum."gua diam. hmmm gua pun tak tahu nak cakap apa .tapi selalu klau orang putus cinta mesti gua dengar orang cakap camtu .so gua pun nasihat ar dia gak macam tu .

kalau ikot logik akal.memang betul bunga bukan sekuntum .bunga ros, matahari,lily and etc.dok bersepah2 kat taman tu tapi entah kenapa manusia ni yang gua tau.mesti nak yang satu tu je.kira macam kau lah bunga yang paling cantik dari segala bunga.padahal gua tengok sama jer.

" kenapa dia pilih jantan tu .kenapa dia tinggalkan gua.gua tak baek ke untuk dia??" masih dengan nada sedih dia

"der...gua kenal dia pun tak berapa.tapi dari lu citer kat gua,awek lu memang cantik, baik, hormat orang tua.gua tak nak cakap banyak or nak cakap buruk pasal bekas awek lu tu sbb gua memang tak kenal dia.lu pun pernah citer dulu yang awek lu cinta pertama lu dan lu ni cinta pertama dia kan?so gua tak tahu nak kata apa lah kan.tapi gua rasa sbb dia bukan yang terbaek untuk lu ar.lagipun cuber lu pikir, lu tak derk buat salah kan . tetiba dia berubah hati .betul tak?? gua rasa dia dah tak sayang lu ar tu " dengan konfident nya gua bercakap macam tu .

"tapi apa salah gua ,sampai dia blah cam tu je?" soalan yang memang aku malas nak jawab lagi.der dah dia tak suka lu.lu paham tak.lu ader buat salah ke tak tapi hati dia dah tak dderk untuk lu.mungkin dia pikir ada orang lain yang layak untuk membahagiakan dia.dan orang tu bukan lu.


" cam ni lah .lu call dia .lu bincang elok2 k.perempuan ni kalau cakap elok2 komferm hati dia cair.okeh?" aku meyakin kan dia yang hubungan mereka boleh di perbaiki.sedangkan tadi..memang gua nampak dengan mata kepala gua yg minah tu siap cium peluk bagai dengan lelaki laen .tapi gua malas nak cerita lagi sbb kejujuran tu boleh buat hati dia bertambah sakit.tapi betul ke tindakan gua??

dan sampai sekarang gua tetap tak tahu tindakan gua tu betul ke tak?

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, March 16, 2011

Do not just stick to one bf only!!!

entry ni untuk perempuan yg straight~lesbO? kau nyah jauh2.sekian~

"boyfriend is a person regular male companion in romantic and or sexual relationship, though normally not in long-term commited"

erk?? not in long-term commited!?? yeahhhh..

aku pernah cerita kisah cinta aku kan.kerana CINTA,aku pernah rasa hebatnya dunia,aku pernah rasa bahagia bila dia dan aku berdua,dan aku pernah putus cinta jua kan,aku pernah rasa bila aku kehilangan dia, aku pernah rasa bila aku ditinggal dan meninggalkan, aku pernah rasa itu semua dan aku sangat kenal siapa itu CINTA. gembira,tawa,suka,duka,mahupun sedih.semua di alam CINTA.

kau?? baru setahun jagung bercinta.dan nak tunjuk hebat kau punya cinta macam kau saja ada dia.oke! aku faham.kau asyik.aku lalai.=_='

plz lah kawan,aku kenal "lelaki" tu macam mana.aku tahu bukan semua tapi sebahagian.aku cuma nak sampaikan pada kau.CINTA itu tak seindah yang kau rasa.lelaki itu bukan semua yang setia.cari lah CINTA bila kau jumpa dia yang setia dan bila kau sudah bersedia bukan bila kau rasa kau hanya perlukan dia bila kau rasa hidup kau tiada siapa2.

jgn bangga sangat dengan dia sbb aku sayang kau k.


p/s:btw sumpahan untuk kau yang pernah kecewakan aku! what the fuuu...hukhukhuk



thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, February 11, 2011

aku sambut hari kekasih!

Erti cinta?meh aku tafsirkan erti cinta bagi aku.sambil2 dengar lagu kau ilhamku nyanyian Manbai ni boleh tahan lah mood nak menulis karangan panjang lebar.kalau malas nak baca sila segera klik butang X sekarang.Terima kasih. :)

ok.cinta yang aku tahu adalah kasih sayang.kasih sayang yang macam mana?? tu yang aku tak tahu hahah ala macam dalam lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramle."berkorban apa sahaja,harta ataupun nyawa...lalal~"chop2 betul ker rasa cinta itu adalah untuk berkorban apa sahaja??

" sayang ai nak baju tu.murah jer.u sanggup tak belikan untuk ai.. herm RM300 jerk??plz" buat muka2 manja.

"boleh sayang.untuk u, ai sanggup belikan apa sahaja."

ooo...itu pasal la ada sesetengah homosephians zaman sekarang ni sanggup buat apa sahaja untuk orang yang di kasihinya.betul tak??yang kat atas tu satu contoh lah kan.mula2 minta baju, pastu handphone, tak cukup dengan itu mintak la macam2 lagi.bila dah rasa terhutang budi?? apa akan jadi??

ok2 aku bukan nak cerita pasal masalah2 yang dihadapi pencinta2 wanita or jejaka diluar sana.rasa macam dah muak.kalau cerita tapi tidak ada yang nak menyedarkan diri .herm tak tahu lah nak cakap kan. *alah nyah kau cakap macam kau tak pernah bercinta je kan??memang aku pernah bercinta,itu pasal aku berani bercerita.aku pernah alami perasaan yang sama.berada di awang-awangan.itu masa bahagia, bila tak bahagia?? aper cerita bai hahah macam korang jugak.tak ada beza pun ya pakcik n makcik sekalian.

walau bagaimana sekali pun, tak salah untuk berkorban apa sahaja untuk orang yang tersayang.asalkan kena pada tempat dah orangnya.macam pengorbanan anak terhadap ibubapa or pengorbanan terhadap agama,bangsa dan negara k.macam aku.ok.aku memang tak nafikan.aku sambut hari kekasih OK!aku tak malu untuk mengatakan itu! aku sambut hari kekasih.faham??hari ini hari kekasih Allah,kekasih semua umat Islam jua kekasih aku.Maulidur Rasul.dari aku sibuk2 amik tahu perihal dan mengingati hari valentine yang entah dari mana asal usul lebih baik aku mengingati Kekasih hati, Rasulullah s.a.w.Lebih banyak ganjaran dan kelebihan yang sudah pasti dijanjikanNya.

*credit to incik google tersayang.muaahh~

maka marilah sama2 berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.semoga mendapat syafaat dan ganjaran di akhirat sana.Amin


salam maulidur Rasul :)tidur awal..besok bangun pagi.pergi perarakan :)

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, December 22, 2010

loser macam aku


sekarang meyh aku nak cerita sikit.dah pukul 3 pagi.aku baru je lepas tonton LBS sebab dulu-dulu orang kata cerita tu best.lagi-lagi memang dapat feeling giler nak mampus kalau tengok cerita tu dengan partner korang.sweet couple lah orang kata kalau bawa aweks tengok cerita ini kat panggung.waktu tu aku tengah solo-molo lagi.chewaah..so aku tak tahu nak ajak siapa tengok cerita tu.rasa macam loser giler kalau pergi tengok cerita tu sorang-sorang or pergi dengan kawan2 perempuan. tapi loser or tak aku tak kisah tapi rata-rata kawan perempuan aku dah tengok cerita tu dengan pakwe diorang.

maknanya memang tak ada pilihan lah.so cerita ni aku tak pergi tengok.membatalkan hasrat serta-merta.menganggap cerita ni memang tak best langsung.aku pon tak pergi ar.lagi-lagi sakit hati dan memang tak nak tengok sebab dapat tahu x aku ni dah tengok dengan gf baru dia.haha membara! panas bukan maen.kalau boleh nak bakar je panggung yang tayang cerita itu.whatthefish diorang tengok cerita tak bawa aku T_T .masalah cerita nie aku pon tak tahu kenapa aku nak emo lebih-lebih kat sini.

berbalik pada cerita tadi.aku dah tanam nekad gila babi tak nak tengok cerita tu tapi tadi aku tak tahu apa yang dah rasuk aku sampai aku nak je tengok cerita tu.suka atau tak aku layan kan saja.

sob sob penat ar layan cerita sampai ngalir-ngalir air mata.sumpah seranah aku tengok cerita stupid macam ni sebab aku sibuk-sibuk nak nangis.haish tak ada cerita yang lagi bagus ke haper. ni lah salah satu sebab kenapa aku beria-ria sangat tak nak tengok cerita ni sebab aku teringat! teringat semua tentang kita.whatthehell aku type entry ni sampai nangis-nangis.aku tahu semua orang tak boleh rasa apa yang aku rasa.tak sama.tapi kisah kita penuh suka dan duka sebab cerita tu cerita kita.cuma ending je yang tak sama sebab aku sedar yang sebenarnya aku cuma mimpi =_='

macam mana perasaan sayang awak pada saya,macam itu lah apa yang saya rasa.cuma sekarang ini,takdir kita macam ini..tapi awak kena tahu,saya pun pernah cintakan awak.sgt ikhlas.urm..tiba2 teringat.maaf ya...
p/s: sempat berjiwang dalam mimpi.tapi cerita tu ada yang tak kena sebab heronya bukan farid kamil?!!

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers