Kipas susah mati

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Adakah dia milikku?

Seringkali kita berfikir,bagaimana hendak membuat pilihan namun setelah pilihan diambil. Adakah pilihan kita itu betul.? Berusaha, berdoa juga bertawakkal memohon petunjuk dari Pencipta agar pilihan yang diberikan itu adalah tepat. Namun siapa mampu menolak segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.

Usaha?
Banyak mana usaha yang kita lakukan? Sudah ke puncak mana yang kau daki? Seluas mana laut yang kau renangi. Cukupkah usaha itu?

Doa?
Doa sentiasa ikhlas. Tanya hati ulangkali. Ikhlas ke berdoa??. Memohon tanpa henti, tanpa jemu. Sedikit pun kau tidak boleh berhenti berdoa. Sedikit pun tidak. Lambat atau cepat itu ketentuan.

Tawakal?
Tawakal?? Siapa tahu tawakkal itu apa? Berserah? Pasrah?  Redha? Yakin?

“Barangsiapa yang tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal [8]: 49)


Usaha itu perlu.Wajib untuk kita berusaha. Tapi kita manusia selalu mengharapkan sesuatu tanpa usaha. Mengharap bulan jatuh ke riba? Kau goyang kaki duit jatuh dari langit mungkin. Tanpa usaha aku rasa kau takkan dapat dan kejar apa yang kau miliki sekarang.

Kadang bila kita usaha hasil tidak seperti yang dijanjikan dan itu adalah UJIAN, jangan berputus asa, Sedikit pun jangan.

Dalam membuat pilihan untuk pasangan, andai usaha sudah, berdoa sudah, maka yakin dengan ketentuan. Allah tidak berikan apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Itu kata orang, kalau dah jodoh tak kemana, kalau takdak jodoh, pergi cari jodoh lain. Tak salah pun. Bercinta dari kanak2 sampai dewasa, sehari nak kawin pengantin lari pergi Lombok. Manalah tahu kan .Sebulan lepas tu , dia cari kau balik . Pujuk merayu . Kau terima. Then itu jodoh kau. Kadang2 manusia senang nak bagi peluang kedua tapi tak semua dapat peluang itu. Then thinks before do something.

Kita merancang, Allah tentukan. Bercinta dengan orang lain then kawin dengan orang lain. Cari orang jauh sekali jodoh sebelah rumah. Kita tidak pernah tahu. Jadi yang tengah bercinta tu semoga dia menjadi milik kita yang sah suatu hari nanti. Macam kawan2 saya yang kat bawah ni. Hiks. Tahun ni pun dah ramai kawan2 saya jumpa jodoh.

"Selamat Pengantin Baru "


Ramizah & Farhan

Ikram & Sha

Mustaqim & Pasangan

Hafiz & Aisyah

Hafizah & Pasangan

Atiqah & Pasangan

Ain & Pasangan #eh

Ni gambar wedding this year. Ramai lagi kawan2 yang kawin tahun ni cuma tak jumpa gambar je. Then semoga u oll  berbahagia sampai SYURGA.

p/s: agak2 pakwe aku nak masuk minang aku bila?? KIHKIH

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, June 29, 2012

#7 Tazkirah Jumaat - Cinta High Class

Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.


"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.


Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?

Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)
Article sepnuhnya dari ILUVISLAM Gambar ehsan google dan The Kliker

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, February 17, 2012

#5 Tazkirah Jumaat - Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa



Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.



Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.



5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

- Artikel iluvislam.com- Pic Inci Google + EcadPhotography -

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Saturday, July 3, 2010

Kenduri kahwin


kompang dipalu pengantin baru
duduk bersanding..lalalal~

aish tak ingat plak dah lagu uh..hOhO Oklah bukan hari ni akO nak tunjuk bakat nyanyian akO yang memang giler best la kalau akO masuk pertandingan jangan lupa lirik sebab dah sah2 aku lupa lirik lagu tu..hehehe nak berkOngsi kegembiraan dengan kawan2 akO yang lain.eh macam cerita ni akO yang punya. sabtu baru2 nie bertarikh 3hb Julai 2010 maka Nur syafiqah telah pOn rasmi bergelar isteri kepada Jailani .sama cantik sama padan..majlis mereka dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di kampung kuala mai baru,kuala krau,pahang and majlis sebelah lelaki berlangsung di kampung ulu cheka,jerantut pada hari keesOkannya.jOm tengOk aksi mereka yang akO sempat rakamkan pada hari dan detik bersejarah itu..hihi ^_^



*horay


*same pula dengan warna hantaran


*jai ❤ piqah


*acara memOtong kek


* kenangan bersama pengantin perempuan * aka my seniOr kat sek



* kek

p/s: tunggu jemputan akO pula..hOho tp bila??

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Thursday, April 15, 2010

Newbie

hahahah sudah genapnyer umor aku 2* tahun pada bulan lepas hahaha maka aku sudah layak untuk mengundi..hahahah menunaikan tanggujawab yg satu ini..haha actually aku tak lagi mendaftar..takper2 kan kan kan,, :) hahah tak per..slow slow..baru 2* tahun ngeee~ dua hari lepas aku telah memergikan diri aku ker Jabatan Pandaftaran Negara untuk mendaftar sijil nikah aku..huhuh... sudah kawin aku rupenya hahahah *gelak tak henti2.. bukan sbb aper happy sgt sbb dapat kawin dengan jejaka pilihan hati..*tengku edward aka fidzly tengku Ismail.Alhamdulillah...minggu lepas baru selesai majlis akad nikah.minggu nie jemputan ker majlis menyambut menantu di brunei darul salam..jemput2lha yer....sibuknya aku..sbb tulah belog pown tepaksa dibiarkan terkapai2 buat sementara waktu.. hahah ..aishhh tak sabar2 pula.... mengimbas kembali detik perkenalan kami yg sungguh singkat..kenal dua tiga hari jerk.. dia berkenan..dtg rumah n then masuk meminang..family aku setuju!! hahah terkejut beruk aku..beruk pown tak terkejut macam aku hahahha..yerlah diusia ku yg masih muda nie tak sangka pula yg parents aku sgt sporting kerana telah membenarkan aku untuk bina keluarga sendiri.haaa i love u oll yg support me babeh!! hahaha cepat kan..mana tak terkejut semua saudara mara aku..jiran tetangga.. orang2 kampung..tupp2 aku dah jadi isteri orang sekarang ..jadi kepada makcik2 pakcik2 yang kat luar sana yg telah berniat untuk menjadikan saya menantu pakcik makcik...mintak maaf lah aih..tak dapt den nak nolong nya..itulah dinamakan jodoh.pertemuan yang singkat n tak sempat nak bercinta lebeyh2..hahaha tp tak per..bercinta lepas kawin kan lagi manis ❤❤ yg penting direstui oleh keluarga..haahhaah ha nielah dia suami saya yg terchenta..kachark kan.. i luv u so much larlink..


hahaha sudah2 penat aku gelak guling2..tak dapat betol2 dapat berangan sudeyh hahaah.u ar so hensem n kachark man..hahaha i sgt gila2 kat u..Omaigosh!!haha dpt jugak la merawat hati aku yg tgh lara ni..hahha mana tak..penat2 jer aku melawa time nak amik gambar kat jabatan pendaftaran tue..tgok2..yg tukang amik gambar tue buleyh amik gambar aku senget..hampeh betol..rosak gambar ic baru aku.. majuk!! tak mou buat ic baru lg hahaha lepas nie tolong la yer..saper2 yang nak jadi fotoghraper nie...tak kisah la untuk lesen ker,gambar pasport ker or sekadar pengambil gambar jalanan *ahli keberet hahah ..plz..plz.plz..pergi kursus amik gambar dulu..rosak gambar i..menyampah!! nie dah dua kali kot jadi mcm nie..yg first tue time amik gambar untuk lesen..senget jugak..takkan u oll nak kata kepala i senget..owh tidak2!! gambar tue yg tak center.adoi..klu tak pandai amik gambar..tak payah amik..menyakitkan hati jer aku tgok..klu aku tau awal2 lagi aku dah bakar kedai korunk hahaha sekrg tgh menanti ic baru siap for one month lagi..so nie ic sementara i huaaaa.. macam pendatang sudeyh huhu




thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Monday, November 23, 2009

SelamAt PEngaNtin BAru

musim cuti sek telah bermula...urm time2 cm nie ramai lah yg menjemput spy menghadirkan diri ke majlis keramaian..jemputan kawin, pertunangan..urm jemputam rumah terbuka pown masih bnyak lg..heheh^__^ader ker..heheh

SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA BAHGIA HINGGA AKHIR HAYAT!!!




p/s: jadi siaper lak yg akan mengikut jejak langkah mereka???? nntikan nyer..huhuhu tuan badan nie bila lg..ooopss..nnti klu dah tber masernyer nnti aku mesti jemput korunk semua ok...~tak sabarnyer..hehe gerdiXXXX ^__^

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers