Kipas susah mati

Sunday, March 18, 2012

A thousand years



Salam, Hye !

***lagu christina perri***

aku duduk termenung. menuggu jodoh jatuh ke riba.kau orang pernah tak terfikir bila agaknya jodoh korang nak sampai . rasa macam kecik3 dulu dok main kawen3 sanding, sedar3 dah ada 3 orang anak yang dah besar panggil kau mak and cruch korang bapak. WAKAKA memang pengalaman tak leyh lupa.dah panggil kau plak senyum malu3 kambing. sedar tak korang yang masa tu dah lama berlalu. dan sekarang waktu untuk kau orang cari jodoh. masa untuk kau bermain kawin3,masa kau nanges rebut kat budak laki yg tak reti lap hingus, rebut3 jejaka kacak yang kau rasa sikat rambut tegak muka jambu, cinta geli3, semua tu dah berlalu. sekarang waktunya kau nak cari seorang lelaki yang boleh membimbing, menjadi ayah kepada anak3 korang, aku mesti pastikan yang korang tak rebut dah jejaka HERO satu kolej kau tu. waktu tu rasa rupa dah tak penting yang paling penting hati dan perasaan dia terhadap kau .kan? *mengelamun*

***cinta pandang 1***


ni seriyes cinta monyet cakak kau.zaman budak tadika, darjah satu sampai darjah enam,aku memang tak pernah bercinta.sebab cinta tu pun aku tak tahu apa. buah ke, binatang ke, bunga ke,sikit pun aku tak pernah tahu. tapi sejak aku umur 13 dah start baligh aku ada jatuh cinta kat sorang budak laki ni. muka dia hensem cakak kau, pandai bahasa arab plak uh. tu memang satu sebab utama kenapa aku suka dia. tapi aku cakak sama kau. aku kena reject mentah3 sebab dia suka kat perempuan lain.*gelap dunia aku kejak * tapi sekarang dia dah jadi bakal ustat cakak kau. yang jadi isteri dia memang cerah masa depan dunia akhirat.

***cinta monyet 2***



yang sorang ni dulu pun aku cakak boleh jadi ustat jugak. kalau ngaji mak aih cakak kau, memang kalau mana3 mak3 or ayah3 dengar terus nak ambik jadi menantu.seriyes tak tipu. tapi yang ni pun tak lama ar, halangan berpagar. wakaka sampai tingkatan 5 .mission failed. hilang entah ke mana. but still lost and faun.sekarang dia kejak ada kejak tak dak kat meleysia ni.aku pun tak pasti dia warganegara mana.

***cinta monyet 3***



ha yang ni aku cakak kau asik on off je. tapi tup3 5 tahun jugak.yang ni aku tak pasti cinta apa. nak kata monyet tak lah monyet sangat. cam siamang sikit kot. wakaka bertahan atas dasar trust and believe sampai aku je yang tak leh bagi komitmen sebab aku jumpa jantan lain . tapi senanyer memang kita tak ada jodoh cakak kau.sebab kau pun dah selamat bertunang dengan orang lain kan. semoga cepat3 kawin. kekal dunia akhirat.

***cinta sayang 4***



yang ni aku tak leh panggil cinta monyet sebab aku rasa ni betul3 cinta sejati aku. taik kucing kau. setahun lepas tu naye jugak.jodoh tak panjang. kau pun kembali kat ex kau an. wakaka sekarang semoga kau bahagia bersama yang tersayang.

***cinta bagaikan kekal 5***

aku bukan insan yang sempurna untuk kau kan ?

***cinta crush 6***



kau orang pernah rasa tak bila dah sekali putus cinta tu susah gila kau nak cari pengganti. susah gila nak bukak hati kat orang lain. haha cakak kau. sepanjang aku putus cinta , angin cinta lalu depan mata aku, aku buat tak tau je. joget3 depan aku pun aku buat3 tak nampak. tapi kali ni *petir* lekat terus kat hati aku cakak kau. muka kau tak hensem mana, nak bandingkan dengan retis jauh sama sekali tapi cakak kau ada lesung pipit manis,pekat dan berkrim. yang penting hati kau , memang tulus ikhlas dan murni. *blink*aku dah jatuh cinta cakak kau. boleh tak kau terima cinta aku ni *whooaa*

***cinta sejati 7***



ha yang ni aku sanggup tunggu for a thousand years. even banyak sangat halangan dan rintangan untuk kita berjumpa sampai hari ini. kau mudah menerima kekurangan dan kelemahan aku. kau mudah katakan semua orang pernah melakukan kesilapan. kau buat aku lupa pada mereka semua.kau buat aku betul3 jumpa cinta sejati aku. kau jadikan setiap genap cinta3 aku sebelum ni adalah persinggahan untuk aku berjumpa dengan kau.wahai bakal suami yang aku kasih dan cintai selalu, sudikah kau menjadi pembimbing aku, peneman tidurku, ayah kepada anak3 aku dan bidadara aku di syurga kelak. semoga jodoh kita berpanjangan. *mimpi* #eh




***cinta pada yang 1***



cinta hakiki yang tiada pengganti

-gambar ehsan google-

no matter how slow you walkaway, if he has no plans of running after you, he'll never catch up, no matter how many pitstops you stop.


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, March 16, 2012

#6 Tazkirah Jumaat - Adam, Kenalilah Hawa. Tolong!



Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"

Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.



Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.

-Article from iluvislam.com- pic from encik google-

It's better to fail trying than wondering what could have happened if you tried. #ihatequotes

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Wednesday, March 7, 2012

wordless wednesday #9



Happiness is not out there, it is in you. Sometimes you just forget to use it

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, March 4, 2012

Selamat Hari Lahir



Alhamdulillah.hari ini genap umur saya 23 tahun. Mak saya dah boleh kawin ! HEHE Semoga hari ini dan seterusnya mendapat keredhaan Allah s.w.t dan keberkatan dariNya.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu tersayang Siti Ropeah Bt Ahmad yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan saya. terima kasih juga buat abah tersayang Mohamad Taha bin Siwok Ahmad yang menjadikan saya seorang juara , menjaga, serta melindungi saya sehingga saya mencapai umur ini. Saya sayang mak and abah ketat3. tidak lupa juga kepada abang3 dan kakak3 saya yg sentiasa melayan karenah saya. :) i love u oll so much ever and ever.

saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan3 susah senang saya bersama, teman3 seperjuangan dan sahabat handai yang tak lupa dan sentiasa ingat untuk mengucapkan selamat untuk hari lahir saya .

tadah tangan cepat berdoa:

Semoga Norfarhal Ain Mohd Taha panjang umur, murah rezki, menjadi anak yg solehah, dapat suami soleh, anak2 soleh dan solehah, menjadi isteri yang solehah, ibu yang mithali serta mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat bertambah cantik dan comel . Amin :)

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers