Kipas susah mati

Saturday, November 17, 2012

Adakah dia milikku?

Seringkali kita berfikir,bagaimana hendak membuat pilihan namun setelah pilihan diambil. Adakah pilihan kita itu betul.? Berusaha, berdoa juga bertawakkal memohon petunjuk dari Pencipta agar pilihan yang diberikan itu adalah tepat. Namun siapa mampu menolak segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.

Usaha?
Banyak mana usaha yang kita lakukan? Sudah ke puncak mana yang kau daki? Seluas mana laut yang kau renangi. Cukupkah usaha itu?

Doa?
Doa sentiasa ikhlas. Tanya hati ulangkali. Ikhlas ke berdoa??. Memohon tanpa henti, tanpa jemu. Sedikit pun kau tidak boleh berhenti berdoa. Sedikit pun tidak. Lambat atau cepat itu ketentuan.

Tawakal?
Tawakal?? Siapa tahu tawakkal itu apa? Berserah? Pasrah?  Redha? Yakin?

“Barangsiapa yang tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal [8]: 49)


Usaha itu perlu.Wajib untuk kita berusaha. Tapi kita manusia selalu mengharapkan sesuatu tanpa usaha. Mengharap bulan jatuh ke riba? Kau goyang kaki duit jatuh dari langit mungkin. Tanpa usaha aku rasa kau takkan dapat dan kejar apa yang kau miliki sekarang.

Kadang bila kita usaha hasil tidak seperti yang dijanjikan dan itu adalah UJIAN, jangan berputus asa, Sedikit pun jangan.

Dalam membuat pilihan untuk pasangan, andai usaha sudah, berdoa sudah, maka yakin dengan ketentuan. Allah tidak berikan apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Itu kata orang, kalau dah jodoh tak kemana, kalau takdak jodoh, pergi cari jodoh lain. Tak salah pun. Bercinta dari kanak2 sampai dewasa, sehari nak kawin pengantin lari pergi Lombok. Manalah tahu kan .Sebulan lepas tu , dia cari kau balik . Pujuk merayu . Kau terima. Then itu jodoh kau. Kadang2 manusia senang nak bagi peluang kedua tapi tak semua dapat peluang itu. Then thinks before do something.

Kita merancang, Allah tentukan. Bercinta dengan orang lain then kawin dengan orang lain. Cari orang jauh sekali jodoh sebelah rumah. Kita tidak pernah tahu. Jadi yang tengah bercinta tu semoga dia menjadi milik kita yang sah suatu hari nanti. Macam kawan2 saya yang kat bawah ni. Hiks. Tahun ni pun dah ramai kawan2 saya jumpa jodoh.

"Selamat Pengantin Baru "


Ramizah & Farhan

Ikram & Sha

Mustaqim & Pasangan

Hafiz & Aisyah

Hafizah & Pasangan

Atiqah & Pasangan

Ain & Pasangan #eh

Ni gambar wedding this year. Ramai lagi kawan2 yang kawin tahun ni cuma tak jumpa gambar je. Then semoga u oll  berbahagia sampai SYURGA.

p/s: agak2 pakwe aku nak masuk minang aku bila?? KIHKIH

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Saturday, November 10, 2012

Memilih dan membuat pilihan

Bismillah.

When i feel stuck like now, tak tahu nak buat apa. nak tidur tak boleh, makan tak nak, berfikir apa tah lagi then rasa came out dengan menulis belog mungkin boleh menurunkan hormon yang menggedik mengada bagai ni. Seriyes rasa nak di belai takat ni. 

What im thinking about sampai nak buat sesuatu tu semua tak selera. Ouh yes. its about in relationship. YES! RELATIONSHIP. what happen actually?? 

Okay jap nak tanya. Kalaulah , i said KALAU. okay please faham apa maksud KALAU sebelum buat judgement. Awak tu diberi pilihan untuk memilih dua lelaki yang berbeza dari luar dan dalam (hati). Berbeza dan tidak ada sedikit pun persamaan. So dari mana yang korang nak tengok sebelum buat pilihan?? Rupa either dia kacak ke? sedap mata memandang or just 30% yang kau tengok muka dia dan hati kau boleh sejuk. atau hati?? then macamne nak tau hati dia tu baik ke tak? tak takut ke kalau dia tu pretend baik? So aku rasa hati aku ni kotor sgt sbb buat negative assumption terhadap seseorang tu. Em Em *speechless* 

Aku rasa susah sangat nak ulas hal2 pilih memilih ni sebab aku rasa semua perempuan atau lelaki berhak memilih pasangan yang terbaik dalam hidupkan? Sebab bila kau rasa dia kurang dalam sesuatu perkara rasa macam nak terus rejek dia mentah2 kan. tak pernah ke terfikir untuk menerima setiap kekurangan sbb aku rasa manusia ni memang tak pernah sempurna di mata manusia. pasti ada cacat cela. Contohnya kalau kau suka dia romantik. yes dia romantik tapi dalam pada masa yang sama dia panas baran? So should we accept him? ouh pasti kau dah rejek dia. sama jugak macam kau rasa ouh muka dia hensem macam Edward then kau jatuh cinta tapi dia kedekut bakhil nak mampus. Kau nak??Mesti kau dah cuba elak dan lari seratus kilometer per jam kan? 



Jadi bagaimana nak buat pilihan sebenarnya. semua kau nak rejek? Sebab kau rasa semua tak sempurna . Yang kau nak hensem macam edward, romantik, pemurah , kaya raya pandai tapi gila kan? Yerlah sebab kau berangan dia nak kat kau? kau sempurna untuk dia ke? kau cantik sgt ke??KAHKAH Aku rasa nak tampar kau kejak.Berangan macam kau tu pun sempurna bagai. Accept jelah kekurangan pasangan tu . Sebab kau yang hadir untuk melengkapkan semua kekurangan dia, dan begitu jugak dia kan. Manusia dicipta berpasang pasangan dan saling lengkap melengkapkan. Cewahhhh.

Sekarang aku cerita ni dari sudut perempuan sebab aku ni perempuan.Memang jelas aku ni perempuan kan.Aku pernah terbaca satu artikel ni dia cakap perempuan nak cari lelaki tidak perlu memilih terlalu hensem. cukup sekadar sedap mata memandang.Tapi taklah buruk sgt sampai setiap kali kau bangun pagi, kau pengsan tengok dia tidur sebelah kau. Tak jadi jugak macam tu kan. 

Lelaki yang kemas, bersih tetapi tak lah terlalu cerewet tentang kekemasan sampai nampak baju renyuk sikit maki bagai nak rak. Haa tu salah satu jugak lelaki yang patut di hindari. Kuat memaki . Kalau melatah bagai tu pun nak mencarut .Tak baik sebab yang keluar dari mulut tu sebenarnya adalah dari hati eh? Aku rasa je. lalala  At least bila kita nampak dia boleh uruskan hal diri dia sendiri, maka insyaAllah dia boleh uruskan hal kita, keluarga kita. kan?

Tidak terlalu egoistic dan independent.Bila kau nak buat sesuatu tu , dia kontrol sangat macam dia je yang betul dan apa yg engkorang buat tu semua salah dan bila buat keputusan tu memang atas keputusan dia. So , segala cadangan apatah lagi kritikan engkorang tu dia tolak mentah2. Terus dia buang dalam tong sampah. Ha jaga2 jugak lelaki seperti ini. 

Dan nak cari lelaki perlu mencari di tempat yang baik, macam di masjid, majlis2 ilmu, tempat2 kempen kebersihan or derma darah ke kan. Tapi yang ni tak boleh pakai sangat kot zaman2 macam ni. Memang tak di nafikan tempat2 yang baik melahirkan insan2 yang cemerlang gemilang dan terbilang. #eh Okay . sekarang ni aku tengok ramai je kot yang berkenalan di internet dan mendirikan rumah tangga. Bahagia atau tak tu aku tak pernah pulak buat servey. Tapi kita berdoalah dan mengharapkan yang terbaik buat mereka. Yang penting Be a good girl, you will know who's the best for you. 

Kenali teman, rakan seperjuangan dia.  kita  tahu dengan siapa dia berkawan, berkenalan dengan family dan tahu asal usul dia. Bila dah kenal tu mesti kita akan rasa lebih selesa dan faham dengan semua situasi dia.

Dah kenal and tahu semua hati dan watak dia, maka berdoalah, Memohon hajat agar dia lah lelaki yang terbaik dalam hidup kita. Yang akan memimpin kita ke suatu jalan yang lebih baik, lebih dekat dengan Pencipta. Moga2 Allah hadirkan suatu perasaan Cinta dan Kemestri dalam hati kita berdua. Okay !

P/s: Lelaki jangan dok pilih perempuan tu atas dasar cantik je. Kalau cantik macam Neelofa tapi tak pandai masak, uruskan hal2 rumah. Tak payah lah. Kesian kat korang nanti. 

Jap2.Aku nak pergi ke kelas memasak ni. HAHA kesian kat bakal suami aku nanti. KAHKAH bye!


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Thursday, November 8, 2012

Zaza you are now #23 ??

Rasa macam baru je lagi update entry waktu kau cecah umur 22. Then pejam celik pejam celik kau dah meningkat setahun syg !! HIKHIK Btw biarpun umur dah meningkat then it just a number yang penting jiwa tu masih kanak2. Muka tu masih lagi macam baby2 giteww. Kan? Hiks Malas nak type entry banyak2 sebab lack of time , lagi pun u'oll tak berminat pun nak baca entry berjela2 so enjoy the moment below !! I LOVE U dear! Happy Belated Birthday !

Muka berseri macam muka pengantin dah ni KAHKAH


 Nyum nyum 


 Me with birthday girl


Sweet 23 katanya 

 

 All d supporter #eh 


Best moment 


#Eh macam aku punya birthday pula. Extra impose


#eh Birthday girl tak dak pulak dalam gambar ni KIHKIH


Then GoodBye Cozy Place


P/s: tempat makan ni Best! makanan dia okay! harga affordable. sesuai lah untuk buat parti or celeb birthday sbb suasana dia cantik sgt! Hiks. yang paling penting staff dia siap bagi hadiah lagi pada birthday girl. Bertuah badan. Nak tau kat mana? Then mintak tolong kat encik google KAHKAH #bye


" Love someone not because they give you what you need. Instead, love them because they give you feelings you never thought you needed."

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers