Kipas susah mati

Saturday, November 10, 2012

Memilih dan membuat pilihan

Bismillah.

When i feel stuck like now, tak tahu nak buat apa. nak tidur tak boleh, makan tak nak, berfikir apa tah lagi then rasa came out dengan menulis belog mungkin boleh menurunkan hormon yang menggedik mengada bagai ni. Seriyes rasa nak di belai takat ni. 

What im thinking about sampai nak buat sesuatu tu semua tak selera. Ouh yes. its about in relationship. YES! RELATIONSHIP. what happen actually?? 

Okay jap nak tanya. Kalaulah , i said KALAU. okay please faham apa maksud KALAU sebelum buat judgement. Awak tu diberi pilihan untuk memilih dua lelaki yang berbeza dari luar dan dalam (hati). Berbeza dan tidak ada sedikit pun persamaan. So dari mana yang korang nak tengok sebelum buat pilihan?? Rupa either dia kacak ke? sedap mata memandang or just 30% yang kau tengok muka dia dan hati kau boleh sejuk. atau hati?? then macamne nak tau hati dia tu baik ke tak? tak takut ke kalau dia tu pretend baik? So aku rasa hati aku ni kotor sgt sbb buat negative assumption terhadap seseorang tu. Em Em *speechless* 

Aku rasa susah sangat nak ulas hal2 pilih memilih ni sebab aku rasa semua perempuan atau lelaki berhak memilih pasangan yang terbaik dalam hidupkan? Sebab bila kau rasa dia kurang dalam sesuatu perkara rasa macam nak terus rejek dia mentah2 kan. tak pernah ke terfikir untuk menerima setiap kekurangan sbb aku rasa manusia ni memang tak pernah sempurna di mata manusia. pasti ada cacat cela. Contohnya kalau kau suka dia romantik. yes dia romantik tapi dalam pada masa yang sama dia panas baran? So should we accept him? ouh pasti kau dah rejek dia. sama jugak macam kau rasa ouh muka dia hensem macam Edward then kau jatuh cinta tapi dia kedekut bakhil nak mampus. Kau nak??Mesti kau dah cuba elak dan lari seratus kilometer per jam kan? 



Jadi bagaimana nak buat pilihan sebenarnya. semua kau nak rejek? Sebab kau rasa semua tak sempurna . Yang kau nak hensem macam edward, romantik, pemurah , kaya raya pandai tapi gila kan? Yerlah sebab kau berangan dia nak kat kau? kau sempurna untuk dia ke? kau cantik sgt ke??KAHKAH Aku rasa nak tampar kau kejak.Berangan macam kau tu pun sempurna bagai. Accept jelah kekurangan pasangan tu . Sebab kau yang hadir untuk melengkapkan semua kekurangan dia, dan begitu jugak dia kan. Manusia dicipta berpasang pasangan dan saling lengkap melengkapkan. Cewahhhh.

Sekarang aku cerita ni dari sudut perempuan sebab aku ni perempuan.Memang jelas aku ni perempuan kan.Aku pernah terbaca satu artikel ni dia cakap perempuan nak cari lelaki tidak perlu memilih terlalu hensem. cukup sekadar sedap mata memandang.Tapi taklah buruk sgt sampai setiap kali kau bangun pagi, kau pengsan tengok dia tidur sebelah kau. Tak jadi jugak macam tu kan. 

Lelaki yang kemas, bersih tetapi tak lah terlalu cerewet tentang kekemasan sampai nampak baju renyuk sikit maki bagai nak rak. Haa tu salah satu jugak lelaki yang patut di hindari. Kuat memaki . Kalau melatah bagai tu pun nak mencarut .Tak baik sebab yang keluar dari mulut tu sebenarnya adalah dari hati eh? Aku rasa je. lalala  At least bila kita nampak dia boleh uruskan hal diri dia sendiri, maka insyaAllah dia boleh uruskan hal kita, keluarga kita. kan?

Tidak terlalu egoistic dan independent.Bila kau nak buat sesuatu tu , dia kontrol sangat macam dia je yang betul dan apa yg engkorang buat tu semua salah dan bila buat keputusan tu memang atas keputusan dia. So , segala cadangan apatah lagi kritikan engkorang tu dia tolak mentah2. Terus dia buang dalam tong sampah. Ha jaga2 jugak lelaki seperti ini. 

Dan nak cari lelaki perlu mencari di tempat yang baik, macam di masjid, majlis2 ilmu, tempat2 kempen kebersihan or derma darah ke kan. Tapi yang ni tak boleh pakai sangat kot zaman2 macam ni. Memang tak di nafikan tempat2 yang baik melahirkan insan2 yang cemerlang gemilang dan terbilang. #eh Okay . sekarang ni aku tengok ramai je kot yang berkenalan di internet dan mendirikan rumah tangga. Bahagia atau tak tu aku tak pernah pulak buat servey. Tapi kita berdoalah dan mengharapkan yang terbaik buat mereka. Yang penting Be a good girl, you will know who's the best for you. 

Kenali teman, rakan seperjuangan dia.  kita  tahu dengan siapa dia berkawan, berkenalan dengan family dan tahu asal usul dia. Bila dah kenal tu mesti kita akan rasa lebih selesa dan faham dengan semua situasi dia.

Dah kenal and tahu semua hati dan watak dia, maka berdoalah, Memohon hajat agar dia lah lelaki yang terbaik dalam hidup kita. Yang akan memimpin kita ke suatu jalan yang lebih baik, lebih dekat dengan Pencipta. Moga2 Allah hadirkan suatu perasaan Cinta dan Kemestri dalam hati kita berdua. Okay !

P/s: Lelaki jangan dok pilih perempuan tu atas dasar cantik je. Kalau cantik macam Neelofa tapi tak pandai masak, uruskan hal2 rumah. Tak payah lah. Kesian kat korang nanti. 

Jap2.Aku nak pergi ke kelas memasak ni. HAHA kesian kat bakal suami aku nanti. KAHKAH bye!


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

6 comments:

  1. Hahahahahaa..gempak beb! Jgn terlalu memilihkan.. :)

    ReplyDelete
  2. haha..semart.. saya rasa sy patut pk skrg..hua3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks. berfikir lah dengan rational kan kan :D

      Delete
  3. like!!
    lame rasenye xmenjenguk blog makcik ni..
    btw...mkcik cm da matang dri dlu..
    bes bce post bru ni..heheh.

    p/s: neelofa xcntik mane pong.wakaka...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA peningatan umur tu mungkin mematangkan #eh

      neelofa kecik hati nnti HAHA

      Delete

Thanks | Love You !

Followers