Kipas susah mati

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru

adoi mengantuk gile nak bangun pagi tu. gara2 malam tadi borak2 sampai pagi.apa yang dicerita kan pun aku dah tak berapa nak ingat.yang pasti kisah ni terjadi waktu aku sekolah menengah dulu.aku bangun pagi dah lewat kot.budak2 ni semua dah siap2 nak pergi sekolah.lagi 15minit loceng akan berbunyi.aku baru bangun.dengan selamba aku capai tuala.bawa baldi pergi mandi kat belakang asrama.semua yang berada di sekolah dekat asrama aku tu tengok aku. 10 minit siap.semua orang dah ready nak beratur kat perhimpunan.aku tak siap lagi pakai baju sekolah.tengah2 pakai tundung, loceng berbunyi.warden kat bawah dah ketuk2 gate depan.suruh semua student turun.gate depan dah berkunci.aku?? aku lari ar.pakai selipa jepun bawak lari kasut sekolah ikot gate belakang.hahahah nasib pengawas yang jaga gate belakang tu kawan aku . dia bagi aku turun.fuhhh selamat .

siap2 pakai kasut,perhimpunan dah start.aku dah terlewat .nak g perhimpunan waktu tu malu.nnti kena saman ngan pengawas lain.dengan selamba aku gerak pergi kelas.letak beg kat dalam kelas.dan2 aku nampak cikgu pun naik kat blok kelas aku. apa lagi, aku masuk kelas sebelah.pastu round2 dalam kelas.cikgu nampak dia terus tegur."buat aper tu ain?" dengan selamba aku jawab "check kelas cikgu!". " pengawas bertugas kan? pergi amik nama kelas bawah yg kotor tu.bagitau cikgu nnti"."baek cikgu!" fuhh lega..terlepas lagi.selamat.aku turun bawah cepat2 pergi perhimpunan.harhar.

itulah taktik aku kalau aku lewat pergi kelas.menyamar jadi pengawas bertugas.huhu kalau nak ikutkan banyak gila pengalaman waktu zaman2 sekolah dulu dan banyak gila taktik yang aku buat nak bagi nampak yg aku tak bersalah.gilew nakal aku.dengan kes aku ponteng kelas, kena marah dengan cikgu, kena kejar ngan security guard .semua aku pernah.btw itulah kenangan yang terindah waktu zaman2 sekolah.

kepada guru2 yang pernah mengajar aku di tadika kemas, sekolah kebangsaan bandar temerloh (integ), sekolah menengah agama al-khairiah temerloh, pusat latihan khidmat negara kem bakau resort,kertih terengganu dan universiti islam antarabangsa,selangor. dan kepada cikgu2 yang telah mengajar secara langsung atau tidak langsung.kepada bakal2 pendidik.juga kepada MAK dan ABAH serta keluarga tersayang yang telah banyak mendidik hingga hari ini juga kepada kakak2 dan abang yang berjaya menjadi pendidik anak bangsa.serta semua guru yang berada di dunia.terima kasih banyak2 dan minta maaf sangat2 andai tertipu sunat ker, terumpat terngata secara langsung ataupun tidak.dan aku mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" semoga Allah sentiasa merahmati kamu semua :) amin



andai aku juga bakal pendidik anak bangsa,"selamat hari guru" ngeh ngeh ngeh

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

2 comments:

Thanks | Love You !

Followers