Allah pertemukan kita, Allah juga pisah kan kita. kenapa begitu susah untuk aku menerima hakikat ini. hakikat kehidupan dan kematian.
Akim! kau pergi macam tu jer??kau tak cakap apa2 pun kat aku !sumpah! aku terkilan akim sbb aku tak sempat nak ckp dengan kau.aku tak sempat nak minta maaf dengan kau.aku tau sejak kita berkawan, aku kadang2 guris kan hati kau,cakap2 kasar dengan kau.tapi aku tetap sayang kau akim. banyak kali kau ajak aku date ngan kau tapi mesti tak jadi sebab kita sama2 sibuk.
akim bila tiba suatu hari tu, kau tak layan aku, kau ignore aku macam tu je, mungkin aku ada buat salah kat kau kan.tapi aku tak tanya kau pun.tiba2 aku jadi cam sakit hati dengan kau.aku pun tak tahu kenapa, aku remove kau dan block fb kau.supaya aku tak stalk fb kau lagi T_T
akim! aku minta maaf sangat2 dengan kau.
selepas sekian lama kau menyepi, kau text aku time aku dah start cuti.kau tanya aku kenapa aku deactive fb! aku cakap aku nak ketenangan! aku tipu kau akim! aku yang block kau dari fb aku T_T aku ckp nnti aku active balik.tapi sampai sekarang aku tak add kau kan.
ada suatu masa tu kau promote bisness baju kau.kau ckap baju ni limited.so aku lah jadi customer akhir kau.yg ke 29! so dengan senang hati aku cakap aku nak beli baju kau tuh.boleh pulak kau ingat aku maen2 kan.heyh! aku nak betul2 tau.percaya tak ??aku dah bank in kan duit baju tu k. tunggu masa je kau post kan untuk aku.aku ingat aku dapat pakai baju tu and nak tayang kat kau!
jumaat lepas, last kau text aku kan.kau ckp baju yg aku tempah tu dah siap! kau macam excited gila nak bagitahu aku. aku pun excited gila nak dapat baju kau tu. tapi malam kau text aku tu,aku cam bz sikit nak balas mcg kau. aku tau kau baru je sembuh dari demam.aku mintak maaf akim.kau mintak alamat aku kan.aku cakap nnti aku bagi tapi sampai sekarang aku tak text kau lagi bagi alamat aku. T_T
selasa hari tu, aku text kau tanya pasal baju tu.tapi mcg aku hantar pending sbb kau off hp. aku ingatkan bateri kau habis.selalu kau bagitau aku kalau mcg tak sampai tu sbb bateri habis.aku tak syak apa2 pun kat kau.malam tu aku bukak blog kau .aku tengok blog kau tak berhupdate! heyh aku kenal kau akim! hari2 kau update belog.selalu kalau kau tak leh update belog mesti kau risau gila kan. aku dah mula tak sedap hati.
aku tengok kat chatbox kau. kawan kau cakap kau sakit.masuk wad icu.aku terkejut tapi aku diam2 je sebb aku tau kau kuat akim.kau akan sihat untuk update belog kau, untuk aku yang kat sini dan untuk family kau,kawan kau, dan semua yg ada kat sini.
semalam aku text kau lagi.aku panggil akim.tapi tetap macam biasa.text aku pending.aku dah mula tak sedap hati.aku bukak belog kau .tapi tetap pada entry yang sama.aku post kat shoutbox kau.aku rindu gila ngan kau.kau kena cepat sembuh.kau kan kuat! and then beberapa minit lepas aku post.aku tengok br.ben update entry kata kau dah tak ada! ya Allah.aku terus diam.
aku peluk kawan aku.aku nangis kuat2.kau tipu aku kan.kau saja nak buat2 cerita macam tu kan??nak tengok semua orang nanges untuk kau kan.
aku call kawan aku aisya.dia je yang tau aku kenal kau akim.aku nanges lagi sbb aku syg gila ngan kau .aku dah tak tahu nak cakap apa lagi.aku hilang kau sekelip mata je. akim! kau pernah cakap dengan aku ,suruh aku belajar rajin2 kan tapi time quiz tadi aku tak dapat perform dengan baek sbb aku asyik ingat kau je.lepas maghrib tu aku sempat baca kan kau yassin walau aku tak sempat nak jumpa kau tadi. aku doakan semoga kau ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh!
banyak benda yang kau cakap dengan aku, kau cerita dengan aku! aku akan ingat akim .sampai bila2 sbb kawan macam kau .aku payah nak jumpa.
akim, kau kawan yang baek, yang sangat faham tentang aku.kalau ada yang tak suka dengan kau cara kau tulis, aku tak kisah sbb kau baek dgn aku.tak mendatangkan masalah pun pada aku.
buat sahabat2 yang mengenali akim, maafkan beliau andai ada tersilap kata, tergurau terlebih, halal kan segala hutang piutang beliau,doakan semoga roh beliau dicucuri RahmatNya.alfatihah~
akim! aku dah penat nanges untuk kau.mata aku dah bengkak kot.aku nak tidur.esok aku nak bangun, friends request kat fb kau tu kau dah accept oke! kau cakap lah yang kau tipu aku .plzz
demmm. sebak dowh!
ReplyDeleteweh dah laa.. aku pon tgh dok try terima hakikat...
but still aku harap miracle jadi hakim ckp, "ITU RUMORS SAJAA!" boleh?
tapi rumet aku ckp tak baik, selagi tu la dia tak tenang. hmmm.
doa kan dia tenang kat sana okk.. ;)
al-fatihah tuk kwn ain.. semoga rohnya di tempatkan di kalangan org yg beriman...
ReplyDeleteal fatihah...
ReplyDeletesabar lah eh..
ReplyDeletedoakan dia banyak2..