Kipas susah mati

Showing posts with label telurdibasuh. Show all posts
Showing posts with label telurdibasuh. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday #1



AKIM! aku rindu kau :'( al-fatihah


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Tuesday, May 24, 2011

aku sangat tak faham dengan soalan ni!

oke entry straight to da point! kenapa lelaki suka tanya soalan dan cakap benda yang sama! "kau pandai masak tak??" "eh reti masak ker??" dan aku paling tak boleh terima hakikat bila ada yang cakap "setakat masak nasi, adeq aku pun pandai!" oke FINE! adeq kau jerlah pandai masak nasi kan.senang! pakai rice cooker jer.letak beras.letak air.siap! oiii ingat masak nasi tu senang?? nak kena sukat air taw.ingat boleh letak air suka suki kewwwwww?? oke !noob gila lah klu aku tak pandai masak nasi kan.

dan untuk memuaskan hati kau orang yang tanya aku tak henti2 dengan soalan yang sama dan juga untuk membuktikan aku ni pandai masak ! ,jom ar tengok resepi aku sedap ker tak sedap.
pandai ker tak pandai aku masak !

MEGGI GORENG SEDAP!

bahan-bahannya:
meggi goreng SEDAP 1 bungkus
air panas 1 mangkuk

cara-cara penyediaannya:
masukkan meggi goreng SEDAP ke dalam mangkuk yang disediakan.rendam dengan air panas selama beberapa minit.tapis kan air.dan gaul dengan bahan2 yang tersedia spt garam,kicap,minyak dan bawang kriak keriuk! SIAP!

ha amacam best tak resepi aku ??ringkas dan padat! klu cakap tak sedap lagi tak tahu lah kan.dah nama pun meggi goreng SEDAP. aku punchgunalan muka kau orang satu2 klu kata tak sedap!! ala tak payah nak terliur sangatlah kan.gambar ni aku google jer kot.har har har.

alfatihah untuk sahabat aku telurdibasuh. aku doakan semoga kau aman

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, May 20, 2011

akim! aku rindu kau.semoga kau aman kat sana.

Allah pertemukan kita, Allah juga pisah kan kita. kenapa begitu susah untuk aku menerima hakikat ini. hakikat kehidupan dan kematian.

Akim! kau pergi macam tu jer??kau tak cakap apa2 pun kat aku !sumpah! aku terkilan akim sbb aku tak sempat nak ckp dengan kau.aku tak sempat nak minta maaf dengan kau.aku tau sejak kita berkawan, aku kadang2 guris kan hati kau,cakap2 kasar dengan kau.tapi aku tetap sayang kau akim. banyak kali kau ajak aku date ngan kau tapi mesti tak jadi sebab kita sama2 sibuk.

akim bila tiba suatu hari tu, kau tak layan aku, kau ignore aku macam tu je, mungkin aku ada buat salah kat kau kan.tapi aku tak tanya kau pun.tiba2 aku jadi cam sakit hati dengan kau.aku pun tak tahu kenapa, aku remove kau dan block fb kau.supaya aku tak stalk fb kau lagi T_T
akim! aku minta maaf sangat2 dengan kau.

selepas sekian lama kau menyepi, kau text aku time aku dah start cuti.kau tanya aku kenapa aku deactive fb! aku cakap aku nak ketenangan! aku tipu kau akim! aku yang block kau dari fb aku T_T aku ckp nnti aku active balik.tapi sampai sekarang aku tak add kau kan.

ada suatu masa tu kau promote bisness baju kau.kau ckap baju ni limited.so aku lah jadi customer akhir kau.yg ke 29! so dengan senang hati aku cakap aku nak beli baju kau tuh.boleh pulak kau ingat aku maen2 kan.heyh! aku nak betul2 tau.percaya tak ??aku dah bank in kan duit baju tu k. tunggu masa je kau post kan untuk aku.aku ingat aku dapat pakai baju tu and nak tayang kat kau!

jumaat lepas, last kau text aku kan.kau ckp baju yg aku tempah tu dah siap! kau macam excited gila nak bagitahu aku. aku pun excited gila nak dapat baju kau tu. tapi malam kau text aku tu,aku cam bz sikit nak balas mcg kau. aku tau kau baru je sembuh dari demam.aku mintak maaf akim.kau mintak alamat aku kan.aku cakap nnti aku bagi tapi sampai sekarang aku tak text kau lagi bagi alamat aku. T_T

selasa hari tu, aku text kau tanya pasal baju tu.tapi mcg aku hantar pending sbb kau off hp. aku ingatkan bateri kau habis.selalu kau bagitau aku kalau mcg tak sampai tu sbb bateri habis.aku tak syak apa2 pun kat kau.malam tu aku bukak blog kau .aku tengok blog kau tak berhupdate! heyh aku kenal kau akim! hari2 kau update belog.selalu kalau kau tak leh update belog mesti kau risau gila kan. aku dah mula tak sedap hati.

aku tengok kat chatbox kau. kawan kau cakap kau sakit.masuk wad icu.aku terkejut tapi aku diam2 je sebb aku tau kau kuat akim.kau akan sihat untuk update belog kau, untuk aku yang kat sini dan untuk family kau,kawan kau, dan semua yg ada kat sini.

semalam aku text kau lagi.aku panggil akim.tapi tetap macam biasa.text aku pending.aku dah mula tak sedap hati.aku bukak belog kau .tapi tetap pada entry yang sama.aku post kat shoutbox kau.aku rindu gila ngan kau.kau kena cepat sembuh.kau kan kuat! and then beberapa minit lepas aku post.aku tengok br.ben update entry kata kau dah tak ada! ya Allah.aku terus diam.

aku peluk kawan aku.aku nangis kuat2.kau tipu aku kan.kau saja nak buat2 cerita macam tu kan??nak tengok semua orang nanges untuk kau kan.

aku call kawan aku aisya.dia je yang tau aku kenal kau akim.aku nanges lagi sbb aku syg gila ngan kau .aku dah tak tahu nak cakap apa lagi.aku hilang kau sekelip mata je. akim! kau pernah cakap dengan aku ,suruh aku belajar rajin2 kan tapi time quiz tadi aku tak dapat perform dengan baek sbb aku asyik ingat kau je.lepas maghrib tu aku sempat baca kan kau yassin walau aku tak sempat nak jumpa kau tadi. aku doakan semoga kau ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh!

banyak benda yang kau cakap dengan aku, kau cerita dengan aku! aku akan ingat akim .sampai bila2 sbb kawan macam kau .aku payah nak jumpa.

akim, kau kawan yang baek, yang sangat faham tentang aku.kalau ada yang tak suka dengan kau cara kau tulis, aku tak kisah sbb kau baek dgn aku.tak mendatangkan masalah pun pada aku.

buat sahabat2 yang mengenali akim, maafkan beliau andai ada tersilap kata, tergurau terlebih, halal kan segala hutang piutang beliau,doakan semoga roh beliau dicucuri RahmatNya.alfatihah~

akim! aku dah penat nanges untuk kau.mata aku dah bengkak kot.aku nak tidur.esok aku nak bangun, friends request kat fb kau tu kau dah accept oke! kau cakap lah yang kau tipu aku .plzz

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Thursday, January 20, 2011

abg panda follow saya!!

salam.semalam ingat nak hupdate belog tapi memandangkan mata dah kuyu2 jer, nantuk bagai nak rak + dengan kelembapan internet seperti SB a.k.a siput bab* , aku batal kan sahaja niat murni aku semalam *ehmurniker?? haha kalau korang nak tahu balik dari gathering semalam dalam kol 12 a.m kot aku sempat bukak fb jap,email jap sbb nak check minit mensyuarat and sempat upload gambar kat bawah jerk n then aku terus kroh kroh kat atas katil..tak tutup pun lappy eh.memang bagus sgt lah an.contoh pelajar cemerlang,menggunakan arus elektrik yang berpanjangan *bukanakubayarbilsangatpon. bunyi macam nak balas dendam sebab hari tu kaw2 aku kena saman sebab tak daftar electrical item.RM100 kau nyah untuk 2 barang.nah nah amik kau.aku memang suka kena saman2 ni.time aku sempit ni lah kau nak saman aku lebih2 kan.

ok, ekcelly aku bukan nak hupdate apa sangat tapi kau nampak tak gambau kat bawah neyh! nampak tak?? kalau tak nampak klik untuk tumbesaran hahah. tue tengok ar bilangan follower aku dah cecah 200 babe! hahaha aper kau kecoh sangat minah oi.bukan 2000 pun kan..hahah aku tak fedulik kau orang nak cakap apa.tapi blogger yang kurang aktif macam aku ni kan mestilah nak bangga lebih2 hahah aku bukan macam blogger abg ben ashaari or telurdibasuh or mana2 blogger yang hari2 update belog and femes sampai ribu riban orang nak baca,nak komen,follow and segala bagai.200 ni pon aku bersyukur sebab ada jugak yang nak follow belog aku neh.terima kasih yang tidak terhingga :) yang jadi silent rider untuk belohg aku pon terima kasih banyak2 k.tapi yang lebih membangga kan kau tengok lah abg panda pon ada follow aku. *gesek-gesek mata tak percaya an. huhuh~ terimas bro.aku memang sayang kau lebih la :) heheh


*abg panda u mmg cool lalalal~ bodek habis :)

btw, aku tak kisah sangat lah kau orang nak follow memollow mana2 belog lah kan tapi bagi aku, aku follow belog orang bukan sebab ada orang paksa aku follow ker haper tapi bagi memudahkan aku nak check setiap hupdate entry kau orang lah kan.bukan aku sengaja nak follow memollow.kalau entry kau orang best untuk aku baca aku follow kalau tak best pon aku baca gak isi masa lapang.bukan aku tak follow aku tak suka belog kau orang tau.tau.kadang2 aku tak follow aku bookmark kau orang nyer belog.so nanti paper hal aku senang nak rujuk.lagi specialkan.huhu kekadang yang aku follow pon aku tak sempat nak komen segala bagai, kira macam silent reader jer.kau orang tak kisah kan?, janji aku dah naek kan traffic kau orang. * aku nie part time blogger jer sbb dah jadi full time student hahah so klu nak komen setiap entry yang aku baca memang tak sempat :)


*header blog ARC13.jom terjah belog dia :)

aper2 pon .abg panda memang best!belog dia selalu jer ada entry2 yang berguna untuk kau orang .dia sangat alert orang nyer huhuh :)

ok2 sampai sini..aku nak pergi batu caves hahaha here ai go..daaaa!

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers