Kipas susah mati

Friday, June 29, 2012

#7 Tazkirah Jumaat - Cinta High Class

Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.


"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.


Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?

Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)
Article sepnuhnya dari ILUVISLAM Gambar ehsan google dan The Kliker

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Tuesday, June 26, 2012

Under maintenance ??


HYE!! lelonjak gembira. excited gila dapat luang masa even satu dua minit je dekat belog terchenta ni utk hupdate! Maaflah this website is under maintenance eh?? Boleh je u oll nak tengok entry lain kan. haha acah mak enon lah. By the way, memang kena duduk kejak3 je depan PC ni bukan apa kejak lagi kalau bos aku sergah ha . mmg mampus der! hahaha baiklah just want to tell that this belog akan kurang and jarang sgt update sbb sekarang aku tengah intern kat sebuah Hotel. :O ni pun curi3 je update !



nak update kat rumah em em sekarang dah tak boleh dah sebab broadband dah terminated. wokeyh! so kalau nak lepas kan rindu kat aku meh lah join aku kat tuitter Ain Asrar . wokeyh! chaow cin caow! luv u oll.

Don't search for love, search for someone that makes you happy. Sooner or later, that happiness will evolve into love. #ihatequotes

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, May 13, 2012

Part timer

Location : Restaurant Rebung Dato' Chef Ismail Ahmad
Date/Day : 11/05/2012 (Friday)
Time : 11.30a.m - 12.30a.m
Event : Pelitawanis TNB




awal2 sampai terus posing u oll



ini ialah barisan ahli tenaga kerja yang akan melakukan kerja2 separuh amal. setelah di beri half briefing oleh encik saiful dan dari tour guide Dato' Chef Ismail Ahmad about his restaurant.



setiba ni TNB Hall.again we make a posing. program start at 8.00 pm but we were arrived at 3.00pm after Jumaat prayer for briefing about the protocol and rehearsal.



the main Hall yang akan menempatkan 500++ tetamu terpilih dari golongan dato'3 dan datin3 serta semua ahli pelitawanis TNB.


separuh daripada persiapan adalah daripada pihak rebung. seriyes sit tema kuning memang cantik sangat. dan aku rasa nanti tema aku kawin adalah warna kuning. #eh? #sekian.



menempek kejak! pose with cute flower balloon *dira+jiema*



ehem3. i love that follower *azie*



sebahagian tetamu yang hadir bersama Dato' Chef Ismail. Mereka telah memenuhi ruang makan sekitar pukul 7.00pm.


penari dan tetamu yang hadir. artis jemputan pada malam itu ialah Atielia dan ibundanya Salamiah Hassan sempena Hari Ibu.

sepanjang program, memang kami ahli3 tenaga kerja sangat enjoy dengan semua kerja yang kami lakukan walaupun agak penat melayan semua tetamu dan yang penting pengalaman yang dapat di kutip sepanjang program. First time aku jadi waitress . Habis event around 12.30 a.m terus g lepak makan2, karaoke menghabiskan gaji #eh ? . sampai UIA semua terus telentang dan bangun dengan keadaan sakit3 badan. ouh! sadis T.T

Be grateful for who you are and what you have.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers