Kipas susah mati

Wednesday, December 26, 2012

Stylista atau oppss

Salam.

Whatsup dear! 

Amboi  waksap sana waksap sini kan tapi tak up up jugak lagi. KAHKAH. Sorry sebab lately ni bizi dengan final exam for final year final sem. Haa tak ke banyak sangat final nye. HIHI Sekarang ni. aku baru lepas bangun tidur selepas qada' beberapa jam untuk beberapa hari yang tak cukup tidur. Almaklumlah, exam start on 21st Dec sampai 26th ni ada gap beberapa hari je nak study. Btw Alhamdulillah. Masih ada masa dan cukup waktu yang diberikan .  So sepanjang gap ni boleh lah nak jenguk and update sikit entry kat belog yang terchenta ni. ewah . 

Harap2 gap 10 hari ni cukup untuk aku cover another 3 payyper on 6,9 and 12th January 2013. Hoit dah nak masuk tahun baru dah terr. HUHU pejam celik pejam celik cepat betei masa berlalu yer dak ?? Okay tu nanti kita cerita lain.

Disebabkan dah final year final sem ni, InsyaAllah. Aku ada attend satu majlis ala ala prom night giteww. HAHA Dinner ni untuk student KENMS yang dah nak grad (KENMS Pre-Graduation Gala Dinner) . So, kami2 ni even masih junior HAHA still join program macamni. Yerlah bila lagi nak spent masa dan habiskan duit utk program2 macamni yer dak? Dinner ni buat kat The Royal Bukit Bintang Hotel. so Check it out. Diorang ni stylista or oppps. *kbai*
 

 

Gambar yang atas tu, nampak tak hotsss guy there. HAHA itu nama dia Mohamad Faisal, our classmate. Muka dah macho ala- ala perlakon dalam Fast and Furious .*gelak tutup mulut*  Jangan marah bro! gurau2 satu Malaysia. HAHA tp dia mmg cool. SANGAT!
 


Jap, aku nak bergambar bersama retis2 ni Sambil tompang populariti. Kot2 boleh masuk Mangga yer dak?HAHA yang belah kanan tu nama dia Farhan . Malam tu dia dapat award Prince Charming. Kau ada?? Haaa hot kan. Katanya dia masih mencari 'Snow White' dia .Ha cubalah nasib kot kot awak haaa awak tu terpilih HUHU Then yang bawah tu nama dia Syazwan or you'll can call him "owen" . Panggil jelah. Jadikan angan2 dia satu kenyataan kan. HAHA Dia dapat award Friendly person on that night.Seriesly mmg dia friendly sangat. Kalau yang tak kenal tu mungkinlah boleh chop dia sbg MamatSombongBadgetKauJeHensem. JPG gitewww. HAHA tp kalau dah kenal. kelakar jugak orangnyer. Setakat berkawan boleh tp maaf quota dia dah penuh HAHA. Haa sorang lagi yang atas sebelah kiri tu em em  dia menang hati aku KAHKAH oppss. No No! Maksud aku dia dah menang hati aku dan hati semuorang malam tu sbb he is our photographer. Hensem dak?? Macam dah sesuai je dengan aku. K abaikan sbb nama dia pun aku tak tahu. HAHHA




Yang atas tu macam biasalah. All my beloved friends. Kitorang lah kawan, musuh, geng, team and all kind of that. Package! HAHA  Yang bawah tu our guest and performance that night. Kalau tak silap aku band ni dapat no 2 dalam IIUM GOT TALENT hari tu. Suara memang power. Nak kenal boleh korang follow diorang kat twitter. @TheBottleBand. Nak jemput buat persembahan kat mana2 pun boleh! 

So?? stylista atau oppss?? 

Sikit sangat gambar?? ha memang saje letak sikit. Nanti aku update another entry. letak gambar dari other photographer and camera okay? Then lepas tu korang boleh lah tentukan siapa stylista and siapa opsss ! *gaya ala2 wartawan dalam rancangan kiah propa tu*


BTW nak wish "HAPPY BELATED BIRTHDAY" to my lovely dovely fwen and cutes princess. Birthday girl to yang pakai tudung merah tu nama dia SASA. soo cute kan?? May Allah bless u dear! Muaaah



Many of us believe that wrongs aren’t wrong if it’s done by nice people like ourselves.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Saturday, November 17, 2012

Adakah dia milikku?

Seringkali kita berfikir,bagaimana hendak membuat pilihan namun setelah pilihan diambil. Adakah pilihan kita itu betul.? Berusaha, berdoa juga bertawakkal memohon petunjuk dari Pencipta agar pilihan yang diberikan itu adalah tepat. Namun siapa mampu menolak segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.

Usaha?
Banyak mana usaha yang kita lakukan? Sudah ke puncak mana yang kau daki? Seluas mana laut yang kau renangi. Cukupkah usaha itu?

Doa?
Doa sentiasa ikhlas. Tanya hati ulangkali. Ikhlas ke berdoa??. Memohon tanpa henti, tanpa jemu. Sedikit pun kau tidak boleh berhenti berdoa. Sedikit pun tidak. Lambat atau cepat itu ketentuan.

Tawakal?
Tawakal?? Siapa tahu tawakkal itu apa? Berserah? Pasrah?  Redha? Yakin?

“Barangsiapa yang tawakal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Anfal [8]: 49)


Usaha itu perlu.Wajib untuk kita berusaha. Tapi kita manusia selalu mengharapkan sesuatu tanpa usaha. Mengharap bulan jatuh ke riba? Kau goyang kaki duit jatuh dari langit mungkin. Tanpa usaha aku rasa kau takkan dapat dan kejar apa yang kau miliki sekarang.

Kadang bila kita usaha hasil tidak seperti yang dijanjikan dan itu adalah UJIAN, jangan berputus asa, Sedikit pun jangan.

Dalam membuat pilihan untuk pasangan, andai usaha sudah, berdoa sudah, maka yakin dengan ketentuan. Allah tidak berikan apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik dalam hidup kita. Itu kata orang, kalau dah jodoh tak kemana, kalau takdak jodoh, pergi cari jodoh lain. Tak salah pun. Bercinta dari kanak2 sampai dewasa, sehari nak kawin pengantin lari pergi Lombok. Manalah tahu kan .Sebulan lepas tu , dia cari kau balik . Pujuk merayu . Kau terima. Then itu jodoh kau. Kadang2 manusia senang nak bagi peluang kedua tapi tak semua dapat peluang itu. Then thinks before do something.

Kita merancang, Allah tentukan. Bercinta dengan orang lain then kawin dengan orang lain. Cari orang jauh sekali jodoh sebelah rumah. Kita tidak pernah tahu. Jadi yang tengah bercinta tu semoga dia menjadi milik kita yang sah suatu hari nanti. Macam kawan2 saya yang kat bawah ni. Hiks. Tahun ni pun dah ramai kawan2 saya jumpa jodoh.

"Selamat Pengantin Baru "


Ramizah & Farhan

Ikram & Sha

Mustaqim & Pasangan

Hafiz & Aisyah

Hafizah & Pasangan

Atiqah & Pasangan

Ain & Pasangan #eh

Ni gambar wedding this year. Ramai lagi kawan2 yang kawin tahun ni cuma tak jumpa gambar je. Then semoga u oll  berbahagia sampai SYURGA.

p/s: agak2 pakwe aku nak masuk minang aku bila?? KIHKIH

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Saturday, November 10, 2012

Memilih dan membuat pilihan

Bismillah.

When i feel stuck like now, tak tahu nak buat apa. nak tidur tak boleh, makan tak nak, berfikir apa tah lagi then rasa came out dengan menulis belog mungkin boleh menurunkan hormon yang menggedik mengada bagai ni. Seriyes rasa nak di belai takat ni. 

What im thinking about sampai nak buat sesuatu tu semua tak selera. Ouh yes. its about in relationship. YES! RELATIONSHIP. what happen actually?? 

Okay jap nak tanya. Kalaulah , i said KALAU. okay please faham apa maksud KALAU sebelum buat judgement. Awak tu diberi pilihan untuk memilih dua lelaki yang berbeza dari luar dan dalam (hati). Berbeza dan tidak ada sedikit pun persamaan. So dari mana yang korang nak tengok sebelum buat pilihan?? Rupa either dia kacak ke? sedap mata memandang or just 30% yang kau tengok muka dia dan hati kau boleh sejuk. atau hati?? then macamne nak tau hati dia tu baik ke tak? tak takut ke kalau dia tu pretend baik? So aku rasa hati aku ni kotor sgt sbb buat negative assumption terhadap seseorang tu. Em Em *speechless* 

Aku rasa susah sangat nak ulas hal2 pilih memilih ni sebab aku rasa semua perempuan atau lelaki berhak memilih pasangan yang terbaik dalam hidupkan? Sebab bila kau rasa dia kurang dalam sesuatu perkara rasa macam nak terus rejek dia mentah2 kan. tak pernah ke terfikir untuk menerima setiap kekurangan sbb aku rasa manusia ni memang tak pernah sempurna di mata manusia. pasti ada cacat cela. Contohnya kalau kau suka dia romantik. yes dia romantik tapi dalam pada masa yang sama dia panas baran? So should we accept him? ouh pasti kau dah rejek dia. sama jugak macam kau rasa ouh muka dia hensem macam Edward then kau jatuh cinta tapi dia kedekut bakhil nak mampus. Kau nak??Mesti kau dah cuba elak dan lari seratus kilometer per jam kan? 



Jadi bagaimana nak buat pilihan sebenarnya. semua kau nak rejek? Sebab kau rasa semua tak sempurna . Yang kau nak hensem macam edward, romantik, pemurah , kaya raya pandai tapi gila kan? Yerlah sebab kau berangan dia nak kat kau? kau sempurna untuk dia ke? kau cantik sgt ke??KAHKAH Aku rasa nak tampar kau kejak.Berangan macam kau tu pun sempurna bagai. Accept jelah kekurangan pasangan tu . Sebab kau yang hadir untuk melengkapkan semua kekurangan dia, dan begitu jugak dia kan. Manusia dicipta berpasang pasangan dan saling lengkap melengkapkan. Cewahhhh.

Sekarang aku cerita ni dari sudut perempuan sebab aku ni perempuan.Memang jelas aku ni perempuan kan.Aku pernah terbaca satu artikel ni dia cakap perempuan nak cari lelaki tidak perlu memilih terlalu hensem. cukup sekadar sedap mata memandang.Tapi taklah buruk sgt sampai setiap kali kau bangun pagi, kau pengsan tengok dia tidur sebelah kau. Tak jadi jugak macam tu kan. 

Lelaki yang kemas, bersih tetapi tak lah terlalu cerewet tentang kekemasan sampai nampak baju renyuk sikit maki bagai nak rak. Haa tu salah satu jugak lelaki yang patut di hindari. Kuat memaki . Kalau melatah bagai tu pun nak mencarut .Tak baik sebab yang keluar dari mulut tu sebenarnya adalah dari hati eh? Aku rasa je. lalala  At least bila kita nampak dia boleh uruskan hal diri dia sendiri, maka insyaAllah dia boleh uruskan hal kita, keluarga kita. kan?

Tidak terlalu egoistic dan independent.Bila kau nak buat sesuatu tu , dia kontrol sangat macam dia je yang betul dan apa yg engkorang buat tu semua salah dan bila buat keputusan tu memang atas keputusan dia. So , segala cadangan apatah lagi kritikan engkorang tu dia tolak mentah2. Terus dia buang dalam tong sampah. Ha jaga2 jugak lelaki seperti ini. 

Dan nak cari lelaki perlu mencari di tempat yang baik, macam di masjid, majlis2 ilmu, tempat2 kempen kebersihan or derma darah ke kan. Tapi yang ni tak boleh pakai sangat kot zaman2 macam ni. Memang tak di nafikan tempat2 yang baik melahirkan insan2 yang cemerlang gemilang dan terbilang. #eh Okay . sekarang ni aku tengok ramai je kot yang berkenalan di internet dan mendirikan rumah tangga. Bahagia atau tak tu aku tak pernah pulak buat servey. Tapi kita berdoalah dan mengharapkan yang terbaik buat mereka. Yang penting Be a good girl, you will know who's the best for you. 

Kenali teman, rakan seperjuangan dia.  kita  tahu dengan siapa dia berkawan, berkenalan dengan family dan tahu asal usul dia. Bila dah kenal tu mesti kita akan rasa lebih selesa dan faham dengan semua situasi dia.

Dah kenal and tahu semua hati dan watak dia, maka berdoalah, Memohon hajat agar dia lah lelaki yang terbaik dalam hidup kita. Yang akan memimpin kita ke suatu jalan yang lebih baik, lebih dekat dengan Pencipta. Moga2 Allah hadirkan suatu perasaan Cinta dan Kemestri dalam hati kita berdua. Okay !

P/s: Lelaki jangan dok pilih perempuan tu atas dasar cantik je. Kalau cantik macam Neelofa tapi tak pandai masak, uruskan hal2 rumah. Tak payah lah. Kesian kat korang nanti. 

Jap2.Aku nak pergi ke kelas memasak ni. HAHA kesian kat bakal suami aku nanti. KAHKAH bye!


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Thursday, November 8, 2012

Zaza you are now #23 ??

Rasa macam baru je lagi update entry waktu kau cecah umur 22. Then pejam celik pejam celik kau dah meningkat setahun syg !! HIKHIK Btw biarpun umur dah meningkat then it just a number yang penting jiwa tu masih kanak2. Muka tu masih lagi macam baby2 giteww. Kan? Hiks Malas nak type entry banyak2 sebab lack of time , lagi pun u'oll tak berminat pun nak baca entry berjela2 so enjoy the moment below !! I LOVE U dear! Happy Belated Birthday !

Muka berseri macam muka pengantin dah ni KAHKAH


 Nyum nyum 


 Me with birthday girl


Sweet 23 katanya 

 

 All d supporter #eh 


Best moment 


#Eh macam aku punya birthday pula. Extra impose


#eh Birthday girl tak dak pulak dalam gambar ni KIHKIH


Then GoodBye Cozy Place


P/s: tempat makan ni Best! makanan dia okay! harga affordable. sesuai lah untuk buat parti or celeb birthday sbb suasana dia cantik sgt! Hiks. yang paling penting staff dia siap bagi hadiah lagi pada birthday girl. Bertuah badan. Nak tau kat mana? Then mintak tolong kat encik google KAHKAH #bye


" Love someone not because they give you what you need. Instead, love them because they give you feelings you never thought you needed."

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Thursday, August 30, 2012

#3 review muara cinta by hafiz af dan siti nurhaliza



Lagu terbaru duet antara Dato' Siti Nurhaliza bersama bekas juara akedemi fantasia Hafiz untuk OST drama bersiri Adam & Hawa di astro Mustika HD. Lirik lagu Muara Cinta ini ditulis oleh Adi 6ixth Sense & Hafiz sendiri serta lagu dikomposerkan oleh Adi 6ixth Sense. Jom layan lagu di bawah berserta lirik . Enjoy !





Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu…
biarkan aku merasuk dalam hati cinta..

p/s: gambar ehsan google

When you know why you like someone, it's a crush. When you have no reason or explanation, it's love.#ihatequotes

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Thursday, August 23, 2012

Koleksi gambar raya 2012 !












Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin !!


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Tuesday, August 14, 2012

Ding dang datang lagi




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. entah tiba2 mood patriotik kemain nak datang ni. Aku syak sekarang dah masuk penggal akhir bulan ramadhan tapi engkorang perasan tak yang sebenarnya aku tak wish lagi Salam Ramadhan untuk semua? Aku bukan apa bizi dengan life baru aku yang sedang berpraktikum ni . hasfbacsjfnjaxmdnjax woi! kurang pahala puasa mengata aku. haha

kay2. tajuk entry aku hari ini "ding dang datang lagi" mungkin kurang bertepatan dengan ciri isi kandungan yang kat atas pasal ramadhan tu. aish dah macam iklan tora bagai dah. #eh takkan engkorang tak pernah dengar kot iklan femes zaman aku kecik3 lagi . haha ekcelli memang tak ada kaitan tajuk entry dan isi kandungan hari ini.cuma kesempatan ni memang aku nak ucapkan selamat berbuka puasa #eh sbb dah nak dekat waktu berbuka dah ni aku rasa LOL. hahaha jadi disebabkan memang aku dah jarang sangat ada masa nak menulis entry , SELAMAT HARI RAYA . MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang mengenali secara langsung atau tidak langsung .



raya raya raya raya raya raya raya raya raya raya raya raya raya raya raya

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Friday, June 29, 2012

#7 Tazkirah Jumaat - Cinta High Class

Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.


"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.


Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?

Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class)
Article sepnuhnya dari ILUVISLAM Gambar ehsan google dan The Kliker

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Tuesday, June 26, 2012

Under maintenance ??


HYE!! lelonjak gembira. excited gila dapat luang masa even satu dua minit je dekat belog terchenta ni utk hupdate! Maaflah this website is under maintenance eh?? Boleh je u oll nak tengok entry lain kan. haha acah mak enon lah. By the way, memang kena duduk kejak3 je depan PC ni bukan apa kejak lagi kalau bos aku sergah ha . mmg mampus der! hahaha baiklah just want to tell that this belog akan kurang and jarang sgt update sbb sekarang aku tengah intern kat sebuah Hotel. :O ni pun curi3 je update !



nak update kat rumah em em sekarang dah tak boleh dah sebab broadband dah terminated. wokeyh! so kalau nak lepas kan rindu kat aku meh lah join aku kat tuitter Ain Asrar . wokeyh! chaow cin caow! luv u oll.

Don't search for love, search for someone that makes you happy. Sooner or later, that happiness will evolve into love. #ihatequotes

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, May 13, 2012

Part timer

Location : Restaurant Rebung Dato' Chef Ismail Ahmad
Date/Day : 11/05/2012 (Friday)
Time : 11.30a.m - 12.30a.m
Event : Pelitawanis TNB




awal2 sampai terus posing u oll



ini ialah barisan ahli tenaga kerja yang akan melakukan kerja2 separuh amal. setelah di beri half briefing oleh encik saiful dan dari tour guide Dato' Chef Ismail Ahmad about his restaurant.



setiba ni TNB Hall.again we make a posing. program start at 8.00 pm but we were arrived at 3.00pm after Jumaat prayer for briefing about the protocol and rehearsal.



the main Hall yang akan menempatkan 500++ tetamu terpilih dari golongan dato'3 dan datin3 serta semua ahli pelitawanis TNB.


separuh daripada persiapan adalah daripada pihak rebung. seriyes sit tema kuning memang cantik sangat. dan aku rasa nanti tema aku kawin adalah warna kuning. #eh? #sekian.



menempek kejak! pose with cute flower balloon *dira+jiema*



ehem3. i love that follower *azie*



sebahagian tetamu yang hadir bersama Dato' Chef Ismail. Mereka telah memenuhi ruang makan sekitar pukul 7.00pm.


penari dan tetamu yang hadir. artis jemputan pada malam itu ialah Atielia dan ibundanya Salamiah Hassan sempena Hari Ibu.

sepanjang program, memang kami ahli3 tenaga kerja sangat enjoy dengan semua kerja yang kami lakukan walaupun agak penat melayan semua tetamu dan yang penting pengalaman yang dapat di kutip sepanjang program. First time aku jadi waitress . Habis event around 12.30 a.m terus g lepak makan2, karaoke menghabiskan gaji #eh ? . sampai UIA semua terus telentang dan bangun dengan keadaan sakit3 badan. ouh! sadis T.T

Be grateful for who you are and what you have.

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Saturday, May 5, 2012

BBQ times

dah lama tak outing ngan boboi and gegel semua. rindu kot time3 camni.dah semua sibuk dengan hal masing, course memasing , perangai memasing #eh? now! we gather again! Hoyaeh hoyaeh! Actually memang tak rancang sangat nak gather sesame , tapi memandangkan bila ajak semua turn ON, so we all berkonvoi lah 4 buah kereta menuju ke destinasi. Kami3 ni bertolak dari kolej pukul 5 lebih and then pergi jemput kawan kami kaki kerja sorang kat damansara. another two girls bertolak dari rumah sbb diorang sekarang dah jadi kaki kerja jugak .aishh!



menu! slurp memang gempak, kenyang dan sebagainya. haha we got chickens, fishs, sausages, potato's salad, custard cocktail , cuttlefish , cheese salad and the best black paper sauce ever. most of the menu, for sure memang aku tukang tengok je. belajar masak western ni haha. yang bakar3 tu semua mamat3 kentang yang buat and other gegel dok sibuk bergambar kat ruang tamu kan kan kan heheh

barisan gegel yang gojes #eh?


memang niat nak tempek muka aku bebesar kat sini hehehe

lepas makan3 mari kita pergi prank ! heyaaa! HAPPY BELATED BIRTHDAY fawid! yg ke erm erm erm 23 rite! jangan jadi anak mak sangat dah. nak kena kejut bangun pagi semua hehe. may Allah bless u ever and ever.


maafkan kami! heheh

if u ask me about the feelings
i will said "YES! i am really happy with u guys. peluk ketat3 mmuah!"

maaf sbb gambar agak tidak memuaskan V

I used to be normal till I met those amazing people, that I called them as my best friends ;) #WLQ

thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Sunday, March 18, 2012

A thousand years



Salam, Hye !

***lagu christina perri***

aku duduk termenung. menuggu jodoh jatuh ke riba.kau orang pernah tak terfikir bila agaknya jodoh korang nak sampai . rasa macam kecik3 dulu dok main kawen3 sanding, sedar3 dah ada 3 orang anak yang dah besar panggil kau mak and cruch korang bapak. WAKAKA memang pengalaman tak leyh lupa.dah panggil kau plak senyum malu3 kambing. sedar tak korang yang masa tu dah lama berlalu. dan sekarang waktu untuk kau orang cari jodoh. masa untuk kau bermain kawin3,masa kau nanges rebut kat budak laki yg tak reti lap hingus, rebut3 jejaka kacak yang kau rasa sikat rambut tegak muka jambu, cinta geli3, semua tu dah berlalu. sekarang waktunya kau nak cari seorang lelaki yang boleh membimbing, menjadi ayah kepada anak3 korang, aku mesti pastikan yang korang tak rebut dah jejaka HERO satu kolej kau tu. waktu tu rasa rupa dah tak penting yang paling penting hati dan perasaan dia terhadap kau .kan? *mengelamun*

***cinta pandang 1***


ni seriyes cinta monyet cakak kau.zaman budak tadika, darjah satu sampai darjah enam,aku memang tak pernah bercinta.sebab cinta tu pun aku tak tahu apa. buah ke, binatang ke, bunga ke,sikit pun aku tak pernah tahu. tapi sejak aku umur 13 dah start baligh aku ada jatuh cinta kat sorang budak laki ni. muka dia hensem cakak kau, pandai bahasa arab plak uh. tu memang satu sebab utama kenapa aku suka dia. tapi aku cakak sama kau. aku kena reject mentah3 sebab dia suka kat perempuan lain.*gelap dunia aku kejak * tapi sekarang dia dah jadi bakal ustat cakak kau. yang jadi isteri dia memang cerah masa depan dunia akhirat.

***cinta monyet 2***



yang sorang ni dulu pun aku cakak boleh jadi ustat jugak. kalau ngaji mak aih cakak kau, memang kalau mana3 mak3 or ayah3 dengar terus nak ambik jadi menantu.seriyes tak tipu. tapi yang ni pun tak lama ar, halangan berpagar. wakaka sampai tingkatan 5 .mission failed. hilang entah ke mana. but still lost and faun.sekarang dia kejak ada kejak tak dak kat meleysia ni.aku pun tak pasti dia warganegara mana.

***cinta monyet 3***



ha yang ni aku cakak kau asik on off je. tapi tup3 5 tahun jugak.yang ni aku tak pasti cinta apa. nak kata monyet tak lah monyet sangat. cam siamang sikit kot. wakaka bertahan atas dasar trust and believe sampai aku je yang tak leh bagi komitmen sebab aku jumpa jantan lain . tapi senanyer memang kita tak ada jodoh cakak kau.sebab kau pun dah selamat bertunang dengan orang lain kan. semoga cepat3 kawin. kekal dunia akhirat.

***cinta sayang 4***



yang ni aku tak leh panggil cinta monyet sebab aku rasa ni betul3 cinta sejati aku. taik kucing kau. setahun lepas tu naye jugak.jodoh tak panjang. kau pun kembali kat ex kau an. wakaka sekarang semoga kau bahagia bersama yang tersayang.

***cinta bagaikan kekal 5***

aku bukan insan yang sempurna untuk kau kan ?

***cinta crush 6***



kau orang pernah rasa tak bila dah sekali putus cinta tu susah gila kau nak cari pengganti. susah gila nak bukak hati kat orang lain. haha cakak kau. sepanjang aku putus cinta , angin cinta lalu depan mata aku, aku buat tak tau je. joget3 depan aku pun aku buat3 tak nampak. tapi kali ni *petir* lekat terus kat hati aku cakak kau. muka kau tak hensem mana, nak bandingkan dengan retis jauh sama sekali tapi cakak kau ada lesung pipit manis,pekat dan berkrim. yang penting hati kau , memang tulus ikhlas dan murni. *blink*aku dah jatuh cinta cakak kau. boleh tak kau terima cinta aku ni *whooaa*

***cinta sejati 7***



ha yang ni aku sanggup tunggu for a thousand years. even banyak sangat halangan dan rintangan untuk kita berjumpa sampai hari ini. kau mudah menerima kekurangan dan kelemahan aku. kau mudah katakan semua orang pernah melakukan kesilapan. kau buat aku lupa pada mereka semua.kau buat aku betul3 jumpa cinta sejati aku. kau jadikan setiap genap cinta3 aku sebelum ni adalah persinggahan untuk aku berjumpa dengan kau.wahai bakal suami yang aku kasih dan cintai selalu, sudikah kau menjadi pembimbing aku, peneman tidurku, ayah kepada anak3 aku dan bidadara aku di syurga kelak. semoga jodoh kita berpanjangan. *mimpi* #eh




***cinta pada yang 1***



cinta hakiki yang tiada pengganti

-gambar ehsan google-

no matter how slow you walkaway, if he has no plans of running after you, he'll never catch up, no matter how many pitstops you stop.


thanks for reading !! do comment and LIKE :)

Followers